Terkini

Senior Didakwa Jerit “Aku Injak Kepala Ko Zara” Malam Sebelum Zara Qairina Ditemui Tidak Sedarkan Diri

KOTA KINABALU, 26 Sept – Prosiding inkues kematian remaja perempuan, Zara Qairina Mahathir, terus membuka pendedahan mengejutkan apabila saksi kanak-kanak keempat memberitahu mahkamah bahawa seorang pelajar senior menjerit ugutan keras terhadap mangsa malam sebelum kejadian.

Menurut peguam keluarga, Shahlan Jufri yang mengetuai pasukan guaman ibu Zara, Noraidah Lamat, saksi berusia remaja itu mendakwa mendengar dengan jelas seorang senior menjerit, “aku injak la kepala ko ni Zara” kira-kira jam 10 malam di asrama sekolah.

Saksi berkata, ketika itu dia sedang membaca novel di atas katil apabila Zara masuk ke bilik untuk bertemu dua ketua dorm senior. Tidak lama kemudian, tiga lagi senior hadir dan Zara duduk bersila di lantai menghadap salah seorang daripada mereka.

Baca juga  Ribut Petir Dijangka Lebih Kerap di Sabah dan Sarawak Ketika Fasa Peralihan Monsun

“Walaupun saksi tidak mendengar perbualan mereka, dia jelas terdengar suara keras senior itu menengking Zara Qairina. Sekitar 20 minit selepas itu, Zara kembali ke biliknya,” kata Shahlan kepada media selepas prosiding.

Saksi menambah, malam tersebut cuaca ribut dengan hujan lebat dan angin kencang, namun beliau tidak tahu jika Zara mempunyai konflik peribadi dengan pelajar lain.

Larangan Media Diteruskan

Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan akan bersambung Isnin depan. Seperti semalam, mahkamah mengekalkan arahan larangan liputan media sepanjang saksi kanak-kanak memberi keterangan. Arahan itu dibuat selepas dimaklumkan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) mahu melindungi saksi bawah umur.

Bagaimanapun, akses maklumat berhubung prosiding dibenarkan menerusi peguam-peguam selepas sesi mahkamah selesai.

Baca juga  Tragedi Api di Nangoh: Isteri Terperangkap, Suami Melecur Teruk

Latar Belakang Kes

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolah di Papar pada 17 Julai lalu sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, namun disahkan meninggal dunia pada hari yang sama. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang.

Pada 8 Ogos, AGC mengarahkan mayatnya digali semula untuk proses bedah siasat sebelum memutuskan untuk menjalankan inkues bermula 13 Ogos bagi merungkai punca sebenar kematiannya.

Sumber: BERNAMA


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.