Terkini

The Conjuring: Last Rites (2025) – Elemen Seram Dibalut Nuansa Kekeluargaan

Siri The Conjuring kembali dengan penutup fasa baharu francaisnya melalui The Conjuring: Last Rites (2025). Filem arahan James Wan ini bukan sekadar menyajikan elemen seram supernatural, tetapi turut mengangkat sisi kekeluargaan Ed dan Lorraine Warren bersama anak mereka, Judy Warren yang kini sudah dewasa.

Keistimewaan Filem

Pertama, filem ini memberi ruang lebih luas kepada konflik keluarga. Tekanan berat Ed sebagai seorang ayah yang cuba melindungi Judy ditonjolkan dengan jelas. Hal ini menjadikan naratif Last Rites terasa lebih peribadi dan emosional.

Kedua, skrip dan dialognya matang, sarat falsafah kehidupan. Walaupun jumlah “jump scare” lebih banyak berbanding sebelum ini, penonton masih diberi ruang untuk bernafas melalui adegan ringan dan humor kecil. Gabungan ini menjadikan filem tetap segar dan tidak terlalu menekan.

Baca juga  Tembuni Berdarah (MAL 2025) – Khatijah Tan Curi Spotlight Sebagai Bok Miah

Ketiga, nuansa kekeluargaan yang kuat membawa penonton ke arah mesej lebih mendalam – bahawa kebolehan luar biasa bukan semestinya anugerah, sebaliknya boleh menjadi beban berat yang menguji keselamatan keluarga.

DNA ‘Wan-style’ Kekal

Seperti yang dijangka, DNA seram James Wan masih terasa dominan dalam filem ini. Penekanan kepada kisah benar, paparan maklumat kejadian sebenar di akhir filem serta keratan akhbar dan temu bual individu sebenar terus dikekalkan, menjadikannya sebahagian tradisi francais The Conjuring.

Penutup Fasa 1 Francais

Difahamkan, The Conjuring: Last Rites menjadi penutup kepada Fasa 1 francais Conjuring, sekaligus membuka ruang untuk kesinambungan baharu dengan kemungkinan penglibatan Judy Warren dan suaminya, Tony, pada masa depan.

Baca juga  SICCIN 8 (2025): Horor Turki Paling Gelap & Emosional Kini di 10Star Cinemas

Ulasan & Rating

Sejak muncul pertama kali pada 2013, The Conjuring berkembang menjadi salah satu francais seram terbesar. Filem terbaharu ini menutup bab penting bukan sahaja bagi keluarga Warren, tetapi juga buat jutaan peminat yang setia mengikuti sejak awal.

Rating: 4.5/5 bintang

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Ramli Carlo

Ramli Carlo ialah Editor-in-Chief Sabah Update, seorang penggiat media dan kreatif kelahiran Sabah yang berpengalaman dalam dunia penulisan skrip, pengarahan telefilem dan penerbitan kandungan digital. Beliau pernah terlibat dalam produksi tempatan seperti Kusai – Lelaki Dusun Terakhir serta menjadi tenaga pengajar bengkel seni lakon anjuran Sabah Film and Visual Association (SAFVA). Dengan latar tersebut, Ramli mengetuai pasukan editorial Sabah Update dengan misi memperkukuh suara rakyat Sabah melalui laporan yang berfakta, beretika dan berpaksikan realiti tempatan.

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.