Terkini

TERKINI: Jufazli Shi Ahmad Didakwa Ditahan Polis di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 17 Sept – Pempengaruh terkenal, Jufazli Shi Ahmad, didakwa telah ditahan polis di Kota Kinabalu pada Selasa.

Perkara itu tersebar melalui sebuah klip video berdurasi 2 minit 35 saat yang kini tular di media sosial, memaparkan pesanan Jufazli mengenai penahanannya.

“Pakcik makcik oto’ arung, jika anda semua sedang menonton video ini, ini bermaksud saya telah ditangkap secara politik tanpa surat waran,” katanya dalam rakaman tersebut.

Jufazli turut mendakwa penahanannya berpunca daripada perkongsian terdahulunya mengenai kes Allahyarhamah Zara Qairina, termasuk kritikan beliau terhadap individu bergelar Kak M serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau menegaskan tidak akan berdiam diri serta memohon sokongan doa daripada orang ramai.

“Saya tidak akan tutup mulut saya,” tegas Jufazli.

Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penahanan Jufazli.

Baca juga  Remaja 17 Tahun Dilapor Hilang di Kg Sembulan Tengah, Kota Kinabalu

Sumber:

TawauKini (Facebook)


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.