Sejarah PBS tumbangkan Kerajaan BERJAYA

0 202

Pada tahun 1984, seorang pemimpin Kadazandusun dalam kerajaan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah atau BERJAYA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah dipaksa untuk meninggalkan parti tersebut apabila beliau lantang menentang dasar-dasar kerajaan yang dikatakannya telah menyimpang dari perjuangan asal. Beliau turut dipaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Tambunan.

Pairin kemudiannya dengan berani bertanding dalam pilihanraya kecil Tambunan pada Disember 1984 sebagai calon Bebas menentang calon kerajaan. Walaupun dengan berbagai rintangan dan taktik kotor pihak lawan, beliau telah berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti besar, 3,048. Kemenangan tersebut telah menyemarakkan api perjuangan untuk mengubah senario politik di Sabah serta menegakkan demokrasi dan menentang penyalahgunaan kuasa yang diamalkan pemerintah ketika itu. Satu gerakan baru yang dipimpin Pairin dan disokong secara senyap oleh majoriti akar umbi mula bergerak dan dengan itu, tertubuhnya Parti Bersatu Sabah pada 5 Mac 1985 dengan Pairin sebagai presiden parti. Kejayaan pilihanraya PBS yang baru berusia 47 hari telah menyertai Pilihan Raya Negeri Sabah 1985 dan terus mencipta kejutan dengan memenangi 25 daripda 48 kerusi Dewan Undangan Negeri. Apa yang lebih mengejutkan Ketua Menteri dan presiden BERJAYA, Tan Sri Harris Salleh tewas di Tenom kepada seorang yang langsung tidak terkenal, Kadoh Agundong. Kemenangan Encik Kadoh Agundong yang juga dikenali Giant Killer ini adalah hasil usaha beberapa individu diantaranya Ahjie Ginsuan seorang pengiat politik di kawasan pedalaman, khasnya di Tenom seawal usia beliau. Beliau juga adalah di antara mereka yang bertanggungjawap membawa PARTI BERSATU SABAH di Tenom serta menarik sokongan kaum Cina kepada parti dan juga mengunakan kediaman beliau sendiri di Kampung Lagud sebagai markas pusat PBS ketika Pilihan Raya Negeri Sabah pada tahun 1985 dan Pairin juga merestui markas itu dengan kehadiran beliau sebelum pilihan raya. Penglibatan kaum Murut khasnya suku kaum Murut Timugon dalam politik memperlihatkan mereka sudah bersedia untuk berdiri di kaki sendiri seiring dengan kaum-kaum lain di Sabah serta Malaysia khususnya. Bagi parti pemerintah BERJAYA cuma mampu memenangi 6 kerusi, dengan USNO 16 kerusi serta PASOK 1.

Kejayaan ini membolehkan PBS menubuhkan kerajaan dan memerintah negeri Sabah dengan Pairin dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang ke-6. Setelah rusuhan 1986 yang didalangi parti yang kalah untuk cuba menjatuhkan kerajaan PBS, PBS membubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan satu lagi pilihanraya pada Mei 1986. Kali ini PBS berjaya mengukuhkan lagi kedudukan mereka setelah memenangi 34 daripada 48 kerusi. PBS kemudian menyertai Barisan Nasional (BN). Beberapa hari sebelum pilihanraya 1990, PBS bertindak keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Gagasan Rakyat yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah. Mereka memberi alasan bahawa mereka telah dianaktirikan sewaktu berada dalam BN. PBS terus mencapai kejayaan dengan memenangi 36 daripada 48 kerusi.Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 1994, PBS menghadapi tentangan hebat daripada BN yang kini diketuai UMNO yang telah melebarkan sayap ke Sabah. Sebelum itu, PBS turut kehilangan beberapa tokoh pemimpinnya seperti mendiang Datuk Mark Koding yang telah menubuhkan AKAR dan Datuk Yong Teck Lee yang telah menubuhkan Parti Maju Sabah (SAPP) di mana mereka telah menyertai Barisan Nasional. PBS turut mendakwa pilihanraya ini dicemari taktik kotor seperti pembelian undi dan pengundi hantu.[1] Di sebalik semua itu, PBS masih mampu menang walaupun tipis iaitu 25 kerusi berbanding BN 23 kerusi. Pairin terpaksa menunggu selama 36 jam di luar Istana sebelum dibenarkan mengangkat sumpah kerana cuba dihalang pihak Barisan Nasional yang nyata tidak dapat menerima keputusan rakyat.

Walaubagaimanapun, kerajaan ini cuma mampu bertahan dua minggu setelah hampir kesemua wakil rakyatnya bertindak melompat menyertai BN.Kejatuhan dan cubaan untuk bangkitSuntingSetelah kemenangan tipis dalam pilihanraya 1994, PBS menghadapi tekanan besar dari BN yang ternyata cuba merampas kuasa di Sabah. Kejatuhan PBS bermula apabila 3 orang wakil rakyatnya, Datuk Lajim Hj. Ukin (Klias), Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Hj. Zaini Mat Isa (ADUN dilantik) bertindak keluar untuk menyertai UMNO. Ia kemudian diikuti hampir semua wakil rakyatnya yang lain termasuklah Timbalan Presiden Tan Sri Bernard Dompok, Setiausaha Agung Tan Sri Joseph Kurup yang masing-masing telah menubuhkan Parti Demokratik Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, dan adik Pairin sendiri Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. Setelah insiden lompat-melompat tersebut, PBS cuma mempunyai 3 wakil rakyat, Pairin, Dr. Maximus Ongkili dan Datu Amirkahar Tun Datu Mustapha.

Datu Amirkahar turut menyertai BN beberapa tahun kemudian. Dalam keadaan sedemikian, Pairin tiada pilihan lain selain melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 17 Mac 1994. Keadaan ini menggemparkan seluruh rakyat Sabah. PBS cuba bangkit semula dengan barisan pemimpin yang baru dan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 berjaya memenangi 8 daripada 20 kerusi Parlimen di Sabah yang juga menyaksikan Jeffrey dan Dompok tewas di tangan calon PBS.

Jeffrey kembali ke pangkuan PBS dan membantu parti tersebut untuk menghadapi pilihanraya 1999. Walau bagaimanapun, PBS cuma mampu memenangi 17 daripada 48 kerusi tetapi calon-calonnya berjaya mengalahkan bekas wakil rakyatnya yang telah melompat termasuklah Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tan Sri Bernard Dompok dan presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup. Peristiwa lompat-melompat berulang semula apabila enam wakil rakyat yang diketuai Jeffrey bertindak melompat menyertai PBRS pada 22 April 2000. Kembali ke Barisan Nasional Pada 23 Januari 2002, PBS diterima semula ke dalam Barisan Nasional. Lima wakil rakyat berserta Timbalan Speaker yang telah menyertai PBRS turut kembali ke pangkuan PBS. Setelah memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 4 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, ahli-ahli PBS turut disertakan dalam kabinet Barisan Nasional negeri dan Persekutuan. Perjuangan Parti Bersatu Sabah merupakan parti berbilang kaum walaupun ia dilihat sebagai parti kaum Kadazan-Dusun. Pada dasarnya PBS memperjuangkan demokrasi dan mempunyai wawasan untuk membina negeri Sabah yang maju, harmoni dan bersatu melalui proses demokrasi berparlimen yang tulen. Ia juga berusaha menjaga hak-hak dan kuasa autonomi Sabah, hak asasi manusia dan menegakkan keadilan. Parti itu turut memperjuangkan hak-hak istimewa kaum Bumiputera dan kepentingan kaum lain, memelihara budaya tradisional setiap kaum di Sabah serta kebebasan beragama di Malaysia. Antara isu yang paling lantang disuarakan parti itu adalah isu pendatang tanpa izin di Sabah, Projek IC, pembangunan tidak seimbang, pengundi hantu dan 20 Perkara perjanjian kemasukan Sabah ke dalam Malaysia.

Leave A Reply

Your email address will not be published.