Terkini

SBY Ziarah Keluarga Allahyarham Mohamad Zuhaikal, Mangsa Tragedi Tuaran

TAWAU, 25 Sept – Ahli Parlimen Kalabakan, Samasuddin Yusop (SBY) menziarahi keluarga Allahyarham Mohamad Zuhaikal, salah seorang pelajar Institut Kemahiran MARA yang terkorban dalam kemalangan tragis di Tuaran tiga minggu lalu.

Allahyarham Mohamad Zuhaikal, yang juga peserta Program Kem A Plus tahun ini, antara lima mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Dalam lawatan itu, SBY bersama wakil MARA dan Sahabat YPM Parlimen Kalabakan menyampaikan sokongan moral serta ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat. Saya mendoakan agar keluarga Allahyarham Mohamad Zuhaikal terus tabah dan diberi kekuatan menghadapi ujian besar ini,” kata SBY.

Kehadiran beliau bukan sahaja memberi semangat kepada keluarga mangsa, tetapi juga membuktikan keprihatinan seorang pemimpin terhadap nasib anak muda yang menuntut ilmu demi masa depan.

Baca juga  Kegagalan siapkan projek Kompleks Sukan Kota Marudu, KBS dituntut beri penjelasan

Sumber: Facebook Samasuddin Yusop


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.