Paginatan, Sabah – Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Datuk Rusdin Riman (DRR), hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga mendiang John Ginti yang telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah hari semalam.
Dalam lawatan penuh keinsafan itu, Datuk Rusdin menyampaikan ucapan takziah dan turut berkongsi rasa dukacita atas pemergian mendiang. Beliau mendoakan agar seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini. Kehilangan orang tersayang bukan perkara mudah, namun kasih dan doa akan terus mengiringi,” ujar beliau.
PKDM dalam kenyataannya turut merakamkan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mendiang sepanjang hayatnya, serta berharap agar keluarga terus cekal melalui masa mendatang dengan penuh semangat.
Lawatan Datuk Rusdin itu bukan sekadar ziarah takziah, tetapi mencerminkan nilai kemanusiaan dan kepimpinan berhati rakyat yang menjadi teras perjuangan beliau. Sikap beliau yang dekat dengan masyarakat, tanpa mengira latar atau fahaman, semakin menonjolkan ketokohan DRR sebagai calon yang memahami denyut nadi rakyat Paginatan.
Pendekatan sebegini menjelaskan mengapa semakin ramai penduduk setempat melihat Datuk Rusdin Riman sebagai calon terbaik untuk memimpin Paginatan, bukan hanya kerana latar belakang politiknya, tetapi kerana kepribadian beliau yang rendah hati, mudah didekati dan tulus berkhidmat.
Sumber: Facebook Datuk Rusdin Riman