Cerita tentang Dr Izara (lakonan Sophia Albarakbah) tapi sebenarnya daya graviti filem ni berpusat kepada watak Bok Miah (lakonan Khatijah Tan). Terus terang, bagi saya Khatijah Tan memang mencuri perhatian habis.
Watak Aidan (Niezam Zaidi) pula jadi suntikan misteri yang perlahan-lahan terungkai, manakala Riezman & Sharifah Shahora serta Mia Nasir mengisi ruang dengan cukup baik.
Bok Miah: Orbit Emosi Cerita
Jujur saya katakan, Tembuni Berdarah ni tak akan jadi sama tanpa Khatijah Tan. Lakonannya cukup untuk buat kita percaya watak nenek bomoh ni hidup di depan mata.
Beliau bukan sekadar antagonis — tetapi sosok yang percaya betul pada tradisi & ‘ilmu’ warisan. Tatapan mata, suara, gaya tubuh… semua itu beri graviti pada naratif. Bok Miah ni lah pusat emosi filem, buat penonton dalam dilema antara benci, takut, dan kesian.
Sains vs Tradisi – Pilihan Hidup
Konflik utama cerita ni ialah antara generasi, antara sains dan tradisi. Dr Izara, seorang doktor, akhirnya terpaksa pilih haluan — nak ikut rasional moden atau jalan yang dianggap sesat?
Di situlah letak kekuatan cerita ni. Ia bukan sekadar seram seram kosong, tapi seram yang perlahan, senyap, menyusup — lebih kepada rasa dihantui daripada sekadar hantu melompat.
Ending dengan Twist
Bagi saya, Tembuni Berdarah ditutup dengan satu twist yang menarik. Lepas keluar pawagam, saya rasa penonton akan lebih berfikir daripada sekadar terperanjat.
Selepas apa yang berlaku kepada Dr Izara dan Bok Miah, penutup filem ini agak mengejutkan tetapi menenangkan juga.
Ringkasnya…
Tembuni Berdarah adalah filem seram yang lain daripada yang lain. Ia tentang hidup, tentang pilihan, dan tentang tradisi yang tak mudah hilang.
⭐ Rating saya: 4/5