Remaja 17 Tahun Dilapor Hilang di Kg Sembulan Tengah, Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 15 Sept 2025 — Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 14 September 2025.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, remaja tersebut dikenali sebagai Mohammad Rasid bin Abdullah, berbangsa Bugis, beralamat terakhir di Kg Sembulan Tengah, Sembulan.

Beliau dilaporkan keluar rumah sekitar jam 5.00 petang dan sehingga kini belum pulang. Usaha keluarga menghubungi nombor telefon serta pencarian di kawasan sekitar tidak berhasil.

Maklumat Terkini

Polis menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak remaja ini agar segera menghubungi:

  • Hotline IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222
  • Sjn Emran bin Ruslan @ Roslan di talian 019-8697711
Baca juga  Dipatuk Ular Ketika Berwuduk

Kenyataan rasmi dikeluarkan oleh ACP Kasim bin Muda, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu.

📷 Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook