Terkini

Rasuah ADUN Sabah: 2 individu akan didakwa

Bangi: Sekurang-kurangnya dua individu akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat berhubung dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya tidak menolak individu berkenaan akan dituduh dahulu dan memaklumkan perkara berkaitan secara lanjut kemudian selepas itu.

“Mengenai isu Sabah, saya akan umumkan dalam tempoh terdekat, akan ada seorang atau dua orang akan didakwa di mahkamah.

“Boleh jadi mereka akan dikenakan pertuduhan dahulu dan saya akan buat pengumuman kemudian,” katanya pada Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-Undang Bertauliah SPRM Kali Ke-2 Tahun 2025, di sini, hari ini.

Baca juga  Seorang daripada dua Adun tampil beri keterangan

Terdahulu media melaporkan, beberapa individu bakal menghadapi pertuduhan dalam masa terdekat berhubung dakwaan rasuah membabitkan ADUN tertentu di sabah.

Kertas siasatan SPRM berkait isu pelesenan lombong mineral di negeri itu sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya. -Harian Metro

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Editor

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.