Terkini

Program ‘Mongoi & Korikot’ Tonjol Keprihatinan Datuk Rusdin Riman di DUN Paginatan

PAGINATAN, RANAU, 29 Sept — Program “Mongoi & Korikot”, yang dalam bahasa Dusun bermaksud “pergi/hadir menyantuni”, terus mencerminkan keprihatinan calon favourite DUN N.38 Paginatan, Datuk Rusdin Riman, dalam mendekati rakyat di kawasan berkenaan.

Sejak sekian lama, inisiatif ini menjadi wadah utama beliau untuk turun padang, mendengar suara masyarakat dan menyantuni keperluan rakyat. Melalui Mongoi & Korikot, pelbagai sumbangan telah dihulurkan bagi menyokong aktiviti sosial dan kemasyarakatan, termasuk melibatkan belia, wanita serta warga emas.

Datuk Rusdin Riman berkata, program tersebut lahir daripada keinginan ikhlas untuk sentiasa bersama masyarakat.

“Bagi saya, Mongoi & Korikot bukan sekadar program, tetapi satu pendekatan hati ke hati untuk mendampingi rakyat. Apa sahaja ruang untuk membantu, kita akan usahakan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pada salah satu program komuniti di Paginatan.

Menariknya, semangat Mongoi & Korikot turut diterjemahkan oleh Pemuda dan Wanita PKDM DUN Paginatan. Mereka bergiat aktif menjalankan pelbagai aktiviti melibatkan belia-beliawanis dan wanita, sama ada berganding bahu bersama Datuk Rusdin Riman atau mewakili beliau bagi menyantuni masyarakat.

Baca juga  Kejutan Politik Sabah! Jeffrey Kitingan Umum STAR Tinggalkan GRS – SAPP Bakal Ikut Jejak?

Ketua Pemuda PKDM Paginatan, ketika ditemui, menegaskan bahawa pendekatan tersebut memberi inspirasi kepada generasi muda.

“Kami melihat sendiri bagaimana rakyat rasa dihargai apabila ada yang datang bertanya khabar dan memberi perhatian. Semangat inilah yang kami mahu teruskan,” ujarnya.

Pendekatan inklusif ini bukan sahaja memperkukuh hubungan calon dengan masyarakat, malah memperlihatkan kesungguhan Datuk Rusdin Riman untuk menjiwai denyut nadi rakyat di Paginatan. Program Mongoi & Korikot dijangka terus menjadi jambatan menghubungkan beliau dengan masyarakat di pelbagai peringkat.


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Ramli Carlo

Ramli Carlo ialah Editor-in-Chief Sabah Update, seorang penggiat media dan kreatif kelahiran Sabah yang berpengalaman dalam dunia penulisan skrip, pengarahan telefilem dan penerbitan kandungan digital. Beliau pernah terlibat dalam produksi tempatan seperti Kusai – Lelaki Dusun Terakhir serta menjadi tenaga pengajar bengkel seni lakon anjuran Sabah Film and Visual Association (SAFVA). Dengan latar tersebut, Ramli mengetuai pasukan editorial Sabah Update dengan misi memperkukuh suara rakyat Sabah melalui laporan yang berfakta, beretika dan berpaksikan realiti tempatan.

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.