Terkini

PRN17 Sabah: DUN Dibubar Tidak Lama Lagi – Hajiji

PENAMPANG, 21 Sept – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, mengesahkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dibubarkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Tempoh semasa DUN Sabah dijadual terbubar sendiri pada 11 November 2025, namun Hajiji menegaskan pembubaran akan dibuat sebelum tarikh itu.

“Itu Jabatan Kajicuaca, tapi kita yang menentukan. Kita tiada pilihan sebab tempoh DUN terbubar sendiri pada November, jadi mesti kita buat sebelum itu,” katanya.


Cuaca Tidak Jadi Penghalang

Mengulas pertanyaan media sama ada pembubaran DUN akan dilakukan pada Oktober meskipun musim hujan dijangka tiba, Hajiji menjelaskan perkara itu tidak boleh ditangguhkan hanya kerana faktor cuaca.

Baca juga  PRN17: Masidi Ajak Bertenang, GRS Pilih Strategi Sabar Hadapi Tekanan Politik

Beliau sebelum itu sempat berseloroh, menyatakan pembubaran DUN akan dibuat apabila “cuaca baik” di Sabah, merujuk keadaan semasa hujan berterusan serta banjir di beberapa daerah.


970,000 Pengundi Muda Jadi Penentu

Dalam ucapannya semasa Majlis Penutupan Konvensyen Mahasiswa Sabah di Dewan KDCA, Penampang, Hajiji melahirkan keyakinan bahawa rakyat Sabah, khususnya hampir 970,000 pengundi muda, akan membuat pilihan tepat pada PRN17 nanti.

Beliau berkata, masa depan Sabah bergantung kepada kebijaksanaan rakyat dalam memilih pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan kemajuan.


Sumber: Info X Reporters


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.