Terkini

PM Arah Segera Baik Pulih IPG Kampus Gaya, Tidak Mahu Ikut “Proses Biasa”

KOTA KINABALU, 19 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kerja-kerja membaik pulih bangunan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya yang terjejas akibat tanah runtuh dipercepatkan tanpa melalui “proses biasa” yang mengambil masa terlalu lama.

Beliau berkata, laporan terperinci daripada Kementerian Pendidikan (KPM) perlu disegerakan bagi menentukan sama ada bangunan sedia ada boleh dibangunkan semula atau dipindahkan ke kawasan lain.

“Saya tidak mahu ikut proses biasa kerana kerosakan ini bukan keadaan biasa. Kalau kita ikut proses biasa, ia akan ambil masa terlalu lama. Sebab itu saya arahkan dipercepatkan,” katanya selepas meninjau lokasi tanah runtuh berkenaan hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya; dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Baca juga  Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah Dibatalkan, Fokus Bantu Mangsa Banjir

Anwar berkata, soal prasarana termasuk jalan dan IPG Gaya adalah keutamaan kerajaan dan perundingan lanjut bersama kerajaan negeri akan dilakukan selepas laporan penuh kejuruteraan diperoleh.

Ditanya mengenai anggaran kos baik pulih, beliau menjelaskan anggaran rasmi belum dikemukakan oleh pihak berkaitan.

Rabu lalu, KPM telah mengarahkan pengosongan segera bangunan kuarters berhampiran lokasi tanah runtuh demi keselamatan warga kampus, selain merobohkan blok yang terjejas untuk memberi laluan kepada pembinaan baharu.

Sumber: Berita Harian


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.