Terkini

PM Anwar Umum RM21 Juta Bantuan Segera Untuk Mangsa Banjir Sabah, Jentera Kerajaan MADANI Digempur

KOTA KINABALU, 15 Sept 2025 — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dengan bencana banjir besar yang melanda Sabah, sambil menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah keselamatan dan kebajikan rakyat.

Menurut beliau, seluruh jentera Kerajaan MADANI telah diarahkan digerakkan segera bagi memastikan bantuan sampai tanpa gangguan kepada mangsa.

“Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas,” kata Anwar dalam kenyataan pada Isnin.

RM21 Juta Bantuan Segera

  • RM11 juta: Disalurkan melalui kerajaan negeri Sabah.
  • RM10 juta tambahan: Diluluskan kerajaan pusat melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Peruntukan ini akan digunakan untuk pembaikan segera kemudahan asas seperti jalan, jambatan dan sistem perparitan, selain disalurkan terus kepada keluarga mangsa banjir.

Baca juga  Banjir di Sabah: 2,900 Pengguna Terkesan, Sabah Electricity Pantau Aset & Bekalan

Seruan Bersatu

Anwar turut menggesa semua pihak mengenepikan perbezaan politik dan mengutamakan semangat kebersamaan serta ihsan dalam menghadapi krisis.

“Saya menyeru semua pihak bersatu, berpadu tenaga dan mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat seluruhnya. Zahirkan semangat kebersamaan dan tanggungjawab bersama dalam menempuh ujian dahsyat ini,” ujarnya.

Bencana banjir di Sabah sejak awal September ini telah mengakibatkan banyak daerah terjejas termasuk Penampang, Kota Kinabalu, Beaufort dan Papar, dengan laporan tanah runtuh, banjir kilat dan kerosakan infrastruktur utama.


Sumber


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.