RANAU, 23 Sept – Dewan Kg. Lohan 1, Ranau bakal menjadi tumpuan pada 27 September 2025 apabila Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) mengadakan Majlis Semarak Perpaduan PKDM N.38 Paginatan.
Majlis itu akan dirasmikan oleh YB Datuk Wetrom Bahanda, Timbalan Presiden PKDM merangkap Ahli Parlimen Kota Marudu. Kehadiran beliau dilihat sebagai isyarat awal bahawa kepimpinan pusat parti memberi perhatian serius terhadap perkembangan politik di Paginatan.
Tokoh tempatan yang semakin menonjol, Datuk Rusdin Riman disebut-sebut bakal membawa cabaran PKDM dalam Pilihan Raya Negeri (PRN17) Sabah. Berada di barisan hadapan dalam program ini menambah keyakinan penyokong bahawa PKDM berpotensi memperkukuh pengaruh di Paginatan.
Dengan tema “Berhidmat Untuk Semua, Satu Hati, Satu Tekad, Satu Suara”, majlis ini bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi tanda permulaan gerak kerja politik PKDM yang lebih tersusun di kawasan ini.
Sumber: Rusdin Riman (Facebook)