Terkini

Gelombang Sokongan PKDM di Kundasang: Penduduk Kg Nawanon & Malinsau Sertai Datuk Jeffry

RANAU, 29 Sept – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) terus mengukuhkan pengaruhnya di Kundasang apabila calon N.36 Kundasang, Datuk Jeffry, menerima borang keahlian baharu daripada sekumpulan penduduk Kampung Nawanon dan Kampung Malinsau yang sebelum ini bersama parti lain.

Datuk Jeffry menyifatkan perkembangan ini sebagai bukti kesedaran masyarakat terhadap keperluan perubahan politik di kawasan berkenaan.

“Ini bukan sekadar penambahan ahli, tetapi lambang keyakinan rakyat terhadap perjuangan PKDM. Mereka memilih untuk bersama-sama kita membawa suara rakyat dan memperjuangkan masa depan yang lebih baik,” katanya selepas majlis penyerahan borang.

Penduduk kedua-dua kampung itu turut menyatakan sokongan penuh serta kesediaan untuk berganding bahu bersama PKDM bagi memperkukuh perjuangan rakyat di Ranau.

Baca juga  Manifesto Tak Lagi Dibaca, Anak Muda “Menonton” Masa Depan

Majlis yang berlangsung dalam suasana mesra itu turut disertai penyokong setempat, yang melihat perkembangan ini sebagai tanda kebangkitan politik baharu di Kundasang menjelang PRN Sabah ke-17.


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Ramli Carlo

Ramli Carlo ialah Editor-in-Chief Sabah Update, seorang penggiat media dan kreatif kelahiran Sabah yang berpengalaman dalam dunia penulisan skrip, pengarahan telefilem dan penerbitan kandungan digital. Beliau pernah terlibat dalam produksi tempatan seperti Kusai – Lelaki Dusun Terakhir serta menjadi tenaga pengajar bengkel seni lakon anjuran Sabah Film and Visual Association (SAFVA). Dengan latar tersebut, Ramli mengetuai pasukan editorial Sabah Update dengan misi memperkukuh suara rakyat Sabah melalui laporan yang berfakta, beretika dan berpaksikan realiti tempatan.

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.