Terkini

Pengajar Sambilan Lesap RM872,000 Gara-Gara Terpedaya Skim Pelaburan Palsu di Facebook!

CHUKAI, 24 Sept – Seorang pengajar sambilan instrumentasi menanggung kerugian besar apabila terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di Facebook. Mangsa, berusia 59 tahun, dilaporkan kerugian mencecah RM872,290 selepas terpengaruh dengan tawaran lumayan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Razi Rosli, berkata mangsa mula mengenali skim berkenaan melalui iklan Facebook pada 24 April sebelum menghubungi wakil syarikat terbabit.

“Suspek memasukkan mangsa ke dalam kumpulan WhatsApp dan mengarahkannya memuat turun sebuah aplikasi kononnya untuk tujuan pelaburan. Mangsa kemudian membuat 21 kali transaksi ke 11 akaun bank berbeza antara 4 Jun hingga 8 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, mangsa sanggup menggunakan simpanan Tabung Haji dan turut menggadaikan emas bagi menambah modal pelaburan. Malangnya, hasil yang dijanjikan tidak pernah diterima, sebaliknya hanya RM1,000 sahaja dipulangkan.

Baca juga  Suami Isteri Warga China Ditahan: E-mel Ugutan Bom Cetus Panik di Tawau

Setelah menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Polis menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tawaran pelaburan di media sosial, terutama yang menjanjikan pulangan tidak masuk akal.

📌 Sumber: Bernama


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.