Memalukan : GRS tidak pandai mengurus kewangan negeri

0 527

JUNZ: GRS PERLU AMBIL TANGGUNGJAWAB MASALAH KEWANGAN SFI DAN KUYS

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada hari Rabu telah diselar, ekoran masalah kewangan yang dihadapi oleh Sabah Forest Industries (SFI) dan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF).

Melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan, Datuk Junz Wong yang merupakan Naib Presiden Warisan berkata, GRS patut berasa malu kerana masalah yang telah diselesaikan oleh Warisan, timbul balik di bawah pentadbiran GRS.

“Malu. Sangat memalukan.”

“Masalah dan penyakit lama yang sudah diselesaikan oleh kami (Warisan), kini timbul semula sejak GRS berkuasa.”

“Ya. Memang masalah SFI dan KUYS masalah lama. Masalah kewangan mereka mula di zaman Barisan Nasional.”

“Tapi selepas Warisan ambil alih pada tahun 2018, kamk berjaya selesaikan masalah kewangan mereka.”

“Kini, selepas GRS berkuasa, timbul balik lagi masalah kewangan mereka.”

Akhbar tempatan telah minggu lalu melapor bahawa lebih 2,000 pekerja SFI terjejas dengan masalah gaji sejak tahun lalu.

Pada bulan Disember 2020 dan Januari 2021, pekerja-pekerja SFI dilaporkan sebagai lambat menerima gaji, manakala untuk bulan Februari dan Mac 2021, mereka masih belum menerima gaji.

Semalam, sebuah lagi institusi Kerajaan dilaporkan menghadapi masalah kewangan, apabila 146 orang kakitangan KUYS mengadu gaji mereka dipotong setengah.

Junz berkata, kedua-dua SFI dan KUYS merupakan kes sama, di mana bekas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Shafie Apdal pernah campur tangan dan menyelesaikan masalah gaji para pekerja.

“Kalau kamu ingat, kakitangan KUYS pada Jun 2020 pernah dimaklumkan mengenai potongan gaji.”

“Tapi Ketua Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Shafie Apdal telah campur tangan dan membatal keputusan pegawai-pegawai atasan KUYS. Para pekerja dibenar terus menerima gaji penuh.”

“Malangnya sejak GRS berkuasa pada bulan September 2020, semua masalah dan kelemahan pengurusan kewangan timbul semula. Sama seperti di zaman BN.”

Di penghujung, Junz berkata beberapa orang mangsa telah tampil ke depan menyuarakan isi hati.

“Ada yang beritahu saya, mereka rindu pentadbiran Shafie. Mereka rindu ketegasan Shafie dalam membela kebajikan dan hak orang Sabah.”

Leave A Reply

Your email address will not be published.