Terkini

Leny, Wanita Orang Asli Pertama Angkat Warisan Bangsa Melalui Potret Realisme

KUALA LUMPUR: Nama Jumeleny Maknoh atau lebih dikenali sebagai Leny, 44, kini semakin dikenali dalam dunia seni tempatan apabila muncul sebagai wanita Orang Asli pertama menghasilkan karya potret realisme.

Berasal daripada suku Temuan, Negeri Sembilan, Leny bukan sekadar melakar wajah tetapi turut menzahirkan emosi, identiti dan suara komuniti Orang Asli dalam setiap karyanya.

Menurut laporan Utusan Malaysia, usaha murninya sudah bermula sejak 11 tahun lalu, menghasilkan ratusan karya hanya menggunakan pensel dan pensel warna. Malah, kehalusan sentuhan realisme Leny membuatkan ramai menyangka lukisannya adalah hasil kamera.

“Sekali imbas orang fikir ia foto, tetapi bila diperhatikan garis, bayang dan emosi – barulah mereka sedar ia sebenarnya potret realisme,” katanya.

Karya Leny sudah dipamerkan di pelbagai acara berprestij termasuk White Box Publika, Festival Seni Orang Asli Selangor dan Festival George Town. Projek potret yang bermula dengan wajah-wajah di kampungnya kini meluas ke pelbagai suku lain seperti Seletar di Johor dan Batek di Kelantan.

Baca juga  Kadazan Dusun: Warisan Budaya Terbesar di Sabah

Leny menjelaskan, setiap projeknya bermula dengan merakam wajah penduduk kampung mengikut tema tertentu, sebelum diolah semula ke atas kanvas. Antara yang menarik ialah potret bertemakan perhiasan kepala wanita Batek di Kuala Koh.

Selain mahu mengekalkan identiti seni tersendiri, Leny menegaskan misi besarnya ialah mendekatkan masyarakat dengan komuniti Orang Asli.

“Kami masih dibelenggu rasa segan dan takut bila berdepan dunia luar. Melalui karya ini, saya mahu budaya dan warisan kami lebih dihargai,” katanya.

Leny kini berazam menganjurkan pameran solo pertama pada tahun hadapan bertemakan “Orang Asli dan perhiasan diri”, sebagai tanda penghormatan kepada akar budaya bangsanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.