Terkini

Keputusan Kes Bunuh Pelajar KVLD Ditangguh pada 23 Julai

TAWAU – Keputusan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD), Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 23 Julai untuk klarifikasi hujahan.

Seramai 13 remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun dituduh membunuh mangsa di bilik asrama kolej pada 21 hingga 22 Mac tahun lalu. Kesemua tertuduh memberi keterangan bersumpah dalam pembelaan mereka.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif, semua pihak telah memfailkan hujahan balas, dengan pihak pendakwaan mengemukakan hujahan utama setebal 266 muka surat.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Baca juga  Rusdin Riman Prihatin: Sumbang Bantuan Makanan Kepada Mangsa Runtuhan Jambatan Kg. Tiang Lama

Lapan tertuduh diwakili oleh peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh, dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi diwakili oleh Abdul Ghani Zelika dan pasukan peguam lantikan lain. – Berita Harian

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Editor

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.