Terkini

Kegagalan siapkan projek Kompleks Sukan Kota Marudu, KBS dituntut beri penjelasan

KOTA MARUDU: Selepas penangguhan demi penangguhan projek Kompleks Sukan Kota Marudu di bawah kerajaan GRS, Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) Daerah Kota Marudu Jimson Majemal menzahirkan rasa kecewa dan menuntut agar Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) memberi penjelasan kepada rakyat daerah itu tentang kegagalan menyiapkan projek tersebut selepas diberikan tempoh penangguhan.

Menurutnya kontraktor pelaksanaan projek itu telah diberikan tempoh penangguhan sekali lagi sehingga 31 Mei lepas untuk menyiapkannya.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) Daerah Kota Marudu, Jimson Majemal turun padang untuk melihat kemajuan pelaksanaan projek Kompleks Sukan Kota Marudu

“Selaku penggerak sukan di daerah ini, saya sendiri meluangkan masa untuk melihat kemajuan pelaksanaan projek Kompleks Sukan Kota Marudu…rakyat di sini terutama penggemar sukan sudah lama menunggu berita gembira sebagai hadiah simbolik sambutan Kaamatan, tetapi ramai yang kecewa projek itu masih gagal di siapkan, “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baca juga  Laporan Bencana Sabah: 122 Insiden Direkod, Penampang Paling Teruk Terjejas

Sebelum ini, KBS telah memberi jamin akan menyiapkan projek pembinaan Kompleks Sukan Kota Marudu secepat mungkin.

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Editor

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.