KOTA KINABALU – Perdebatan hangat tercetus di media sosial apabila seorang pengguna Facebook bernama Jeffry membangkitkan persoalan berhubung isu layanan berbeza terhadap individu yang membuat kenyataan sensitif melibatkan kes kematian Zara Qairina.
Jeffry dalam hantaran terbarunya mempersoalkan mengapa tindakan undang-undang pantas dikenakan terhadap seorang individu bergelar DSSA, tetapi tiada tindakan tegas dikenakan terhadap individu lain yang secara terbuka mendakwa mengetahui siapa pembunuh Zara.
“Kalau DSSA cepat saja dibuat poster dan status seluruh Malaysia mengutuk dia, kenapa individu hebat bernama Juju (Jufazlishi Ahmad 3.0) dibiarkan? Bukankah ini double standard?” tulis Jeffry dalam hantaran tersebut.
Jeffry turut menegaskan bahawa kenyataan individu berkenaan di media sosial pada 23 September 2025, yang mendakwa “kami sudah tahu siapa yang membunuh Zara”, sepatutnya dianggap serius dan disiasat.
Namun katanya, tindakan hanya diambil dalam bentuk soal siasat beberapa jam tanpa sebarang pendakwaan lanjut.
Netizen Mula Ragu
Perkara ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang berpandangan isu ini sengaja dipolitikkan, manakala ada juga yang melihat ia sebagai satu bentuk ‘pilih kasih’ dalam penguatkuasaan undang-undang.
“Kalau orang biasa bercakap begini, pasti sudah lama kena heret ke mahkamah. Tapi kenapa bila melibatkan individu tertentu, keadaannya jadi berbeza?” soal seorang lagi pengguna di ruangan komen.
Kes Zara Qairina Terus Jadi Tumpuan
Kes kematian tragis Zara Qairina terus mencuri perhatian rakyat Sabah dan Malaysia. Ramai menuntut supaya siasatan dilakukan dengan telus tanpa sebarang campur tangan politik atau kepentingan pihak tertentu.
“Ini soal nyawa. Jangan ada sesiapa menunggang isu ini untuk kepentingan sendiri. Hanya Allah yang tahu kebenaran,” tulis Jeffry menutup hantaran tersebut.
Sumber: Artikel dari Facebook Datuk Mohd