Terkini

Hujan lebat, ribut petir landa Sabah

KOTA KINABALU – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri ini sehingga jam 7 malam hari ini.

Kawasan terlibat ialah pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Amaran hujan lebat dan ribut petir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada petang ini

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Sabah Update

Baca juga  Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Di Beberapa Negeri Hingga 10 Malam – MetMalaysia
Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Editor

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.