DILEMA HAJIJI

0 517

PERANCANGAN HAJIJI DAN TEAM BERSATU(PENGKHIANAT UMNO SELEPAS PRU14)

Di khabarkan beberapa hari ini Hajiji telah memanggil rakan2 sekutu GRS utk memastikan sokongan tetap kekal kpd beliau sebagai Ketua Menteri. Hajiji begitu bimbang dengan situasi politik di Putrajaya kerana sokongan yang semakin berkurangan terhadap Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu. Ini berikutan tersebar surat Akuan Sumpah dan pengesahan daripada UMNO sendiri bahawa Bung Mokhtar Kinabatangan yang juga TKM Sabah dan Alamin Kimanis antara MP Umno yang menarik sokongan terhadap TSMY.


Hajiji di khabarkan masih tidak mempercayai Bung walaupun beliau telah membuat kenyataan untuk terus menyokong GRS. Menurut sumber dalaman Umno, Bung menunggu masa sesuai utk menarik sokongan kepada Hajiji dan Kerajaan GRS kerana selama GRS menjadi kerajaan UMNO di layan sebagai kelas ke 2. Semua jawatan dan kuasa serta projek di monopoli oleh Bersatu / team Hajiji. Ini termasuk lah kuasa Menteri JKR di ambil alih oleh Kementerian Kewangan seperti yang di nyatakan oleh Bung beberapa bulan yang lepas. Selain itu Bung juga di katakan tidak dapat menjaga kebajikan Ketua2 Bahagian mereka kerana semua peruntukan di setiap Parlimen pembangkang di kuasai oleh Ketua Bahagian Bersatu.
Hajiji dan team Bersatu menyusun langkah untuk mengukuhkan Bersatu di setiap Bahagian dan melemahkan Umno dengan mengambil ahli2 akar umbi atau Cawangan Umno. Ini adalah persediaan Bersatu untuk melawan Umno di PRU 15 akan datang kerana Umno sudah menyatakan pendirian bahawa mereka tidak akan berkerjasama dengan Bersatu/PN dlm PRU akan datang.

HAJIJI DAN TEAM BERSATU BERCADANG UNTUK KEMBALI KE UMNO

Menurut sumber rapat Team Bersatu, Hajiji mempertimbangkan cadangan utk kembali ke Umno bersama semua wakil rakyat Bersatu. Namun hal ini masih di bincangkan kerana masalah yang timbul ialah Team Bersatu ( yang khianati UMNO) tidak mahu Bung pula yang mengambil alih jawatan KM. Team Bersatu dan Hajiji sanggup mengkhianati Bersatu yang penting Bung bertolak ansur dan boleh menerima Hajiji semula dan mengekalkan Hajiji sbg KM. Kebanyakan Ketua2 Bahagian UMNO dan AJK bahagian mungkin menolak Hajiji dan Team Pengkhianat ini utk kembali ke UMNO kerana berpendapat mereka-mereka ini adalah orang2 yg tidak boleh di percayai dan berjuang hanya utk kepentingan peribadi semata2. Umno sgt terkesan selepas mereka mengkhianati Umno selepas PRU 14. Hanya orang2 yang setia berjuang bersama Umno di tinggalkan tanpa hala tuju dan dana. Kesakitan ini masih dapat di rasai oleh akar umbi umno yang setia dan di tambah pula dengan layanan Hajiji dan team Bersatu pengkhianat ini dalam kerajaan GRS kepada UMNO.

HAJIJI DAN TEAM BERSATU AKAN MENGKHIANATI BERSATU SEKALI LAGI UNTUK MASUK KE PARTI USNO.??

TSMY akan mendapat karma kerana hasil pengkhianatannya terhadap Rakan2 PH dan Tun M. Menurut sumber rapat Hajiji dan Masidi, mereka sedang merancang untuk keluar daripada Bersatu untuk memasuki parti lokal dan parti lokal itu kemungkinan besar adalah Parti Usno. Ini adalah pilihan ke 2 sekiranya Bung tidak mahu memberi laluan Hajiji utk mengekalkan nya sbg KM jika Hajiji dan Team Bersatu menyertai Umno semula. Pandikar Amin yang merupakan Presiden Usno ketika ini bersedia menyerahkan Jawatan Presiden Usno kpd Hajiji dan Team Bersatu dengan syarat Pandikar di lantik menjadi TYT akan datang. Namun demikian, Musa Aman menjadi penghalang kepada permintaan Pandikar Amin kerana Musa juga mengidamkan Jawatan TYT. Hajiji dan Team Bersatu memang jelas bahawa di bawah arahan dan nasihat Musa Aman. Pilihan yang Hajiji ada buat masa ini adalah Parti PCS yang di Ketuai Oleh Adik Musa Aman iaitu Anifah Aman.

Menurut sumber terdekat lagi, Hajiji dan Team Pengkhianat Bersatu akan mengumumkan pendirian mereka dlm masa terdekat setelah pergolakan politik di Putrajaya di selesaikan. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk cuba mengekalkan Hajiji sebagai KM Sabah walaupun melibatkan Wang ringgit yang besar. Sasaran utama untuk perundingan adalah Bung Mokhtar kerana di fahamkan Musa akan sanggup mengeluarkan Wang ringgit berjuta untuk memastikan Bung kekal bersama dalam kerajaan GRS. INI TIDAK MUSTAHIL SEKIRANYA HARGA BERPATUTAN.

KESIMPULANNYA, semua kebarangkalian ini akan terjawap setelah Kerajaan PN tidak lagi berkuasa di Putrajaya. Hajiji pasti akan mengkhianati Bersatu pula kali ini demi kuasa. Jika di nilai beberapa bulan ini sebagai KM, Hajiji bukan lah Pemimpin yang boleh di harap untuk memajukan Sabah dan Kurang pengalaman dalam membuat keputusan2 penting. Bung Moktar juga bercita2 untuk menjadi KM.

Kita tunggu dan lihat
SEMUA TINDAKAN DEMI KUASA

Leave A Reply

Your email address will not be published.