Datuk Seri palsu dari Kunak menipu lagi?

0 22

Selepas pendedahan dibuat ke atas Ketua Penerangan Umno Lahad Datu, Dato Anil Jeet Singh yang berulangkali menggelarkan dirinya sebagai Datuk Seri di semua lapangan media sosial milik beliau. 

Pihak kami tidak berhenti disitu. Kami telah menghubungi Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri utk mendapatkan jawapan bertulis tentang status sebenar beliau dan perkara ini dibuat bagi menjaga integriti BAHAGIAN ISTIADAT DAN URUSETIA PERSIDANGAN ANTARABANGSA (BIUPA). 

Sekiranya beliau di dapati berbohong dengan gelaran tersebut, beliau sebenarnya berdepan dengan Akta 787 yang telah diwartakan pada 2017.

Kaedah diam dan abai, bukanlah kaedah yg betul sekiranya Dato yang bukan Datuk Seri ini ingin mempertahankan kebenarannya. Dia sepatutnya, buat kenyataan media dan tampilkan bukti kepada umum sekiranya dia benar benar Datuk Seri dan bukan Datuk Seri ciptaan sendiri. 

Warga Kunak turut terseret dengan pengakuannya yang memberi kesan kepada Imej Kunak yang seolah olah warga Kunak tidak kisah dengan pengakuan darjah kebesaran palsu yang digunakan oleh warganya. 

Semoga Datuk Seri boleh hadirkan bukti yang dia benar benar Datuk Seri. Sementara kita tunggu jawapan dari BIUPA dengan memeriksa maklumat dirinya samada dia benar Datuk Seri atau dia memang seorang pembohong gelaran utk menaikkan kedudukannya di dalam masyarakat terutama didalam parti UMNO yang kini dibawah kuasa Datuk Bung Mokhtar Radin, Timbalan Ketua Menteri I. 

Anda juga disarankan utk terus bertanya kepada pihak yang sepatutnya di link ini.

http://apps.istiadat.gov.my/aduan/

Good Luck Datuk ‘Seri’.

Leave A Reply

Your email address will not be published.