Datuk Seri Palsu berasal dari Kunak lobi jadi calon UMNO di N63?

0

Individu yang menggelarkan dirinya DS Dr Anil Sandhu rupanya menggunakan nama yang berbeza di facebook personal yang juga jauh berbeza dari namanya yang tertera di laman web intranet.istiadat.gov.my iaitu Jhonny Sandhu.

Beliau konsisten memuji pimpinan UMNO diperingkat Negeri hingga ke peringkat Pusat.

Boleh lah dijangka, Datuk Seri Penipu ini berhasrat melobi untuk menjadi Calon UMNO di N63 Kunak pada PRU yang akan datang memandangkan calon UMNO yang lalu sudah tewas dan tiada tempat untuk menjadi calon semula.

ini adalah posting beliau di facebook milik peribadinya dan dapat kita fahami hasrat hatinya ingin menjadi calon N63 Kunak atas tiket UMNO.

Adakah individu seperti ini layak utk diangkat sebagai pemimpin di Kunak?


Bermulanya dunia politik saya bila saya mula menceburi pada tahun 2008 dimana saya telah dipelawa oleh Ayahanda Datuk Hj Nilwan Kabang untuk menyertai bidang politik sehingga ke hari ini saya masih berada di sini.

Berbagai rintangan , ujian dan halangan serta fitnah yang saya rempuh dalam dunia politik.Dunia politik bukan dunia yang mudah bagi saya , mujur dalam perjuangan ini saya sentiasa dikelilingi para mentor yang luar biasa , yang mendidik saya sehingga siapa saya pada hari ini.
Dalam dunia politik , bukan pangkat mahupun nama yang saya kejar tetapi matlamat saya ialah ingin belajar bagaimana menjadi seorang yang lebih bertangungjawab kepada masyarakat , bagaimana hendak membantu masyarakat.Soal berpangkat atau tidak bukanlah objektif utama bagi saya , yang saya ingin kan adalah sesuatu pengalaman berkerja yang sangat berharga iaitu Nilai kasih sayang & kemanusiaan.
Hakikatnya pada hari ini , orang ramai berpusu-pusu ingin menyertai politik hanya kerana ingin mengejar nama dan pangkat tetapi mereka lupa apa tujuan asal usul.

Pengorbanan , kesetiaan dan khidmat hanya untuk masyarakat dan parti.Terima kasih saya ucapkan kepada semua mentor-mentor , orang lama dalam dunia politik yang banyak membantu , menegur serta mendidik saya hingga ke hari ini.

Tahniah buat semua ahli UMNO yang masih setia dari pucuk pimpinan akar umbi sehingga ke atasan.Sungguh perjuangan itu belum selesai.

Selamat ulang tahun ke-30 buat parti keramat UMNO SABAH semoga terus berkhidmat kepada masyarakat Sabah.
Semoga amanah yang diberikan , baiah yang dilafazkan menjadi kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

Selamat UlangTahun UMNO SABAH ke 30 Tahun.

Bersatu • Bersetia • Berkhidmat

DS Dr Anil Jeet Singh

Ketua Penerangan Pemuda UMNO P188 Lahad Datu

Leave A Reply

Your email address will not be published.