Terkini

Datuk Haji Rusdin Riman Semarakkan Perpaduan Masyarakat Paginatan Melalui Bola Santai

RANAU, 26 Sept – Calon PKDM N.38 Paginatan, YBhg. Datuk Haji Rusdin Riman, terus mendekati rakyat dengan cara santai apabila hadir memeriahkan Pertandingan Bola Santai 4 Penjuru di Padang Lohan sempena Majlis Semarak Perpaduan.

Acara ini disertai pasukan Akie Tejend, Lohan Legend, Bawah Pokok, dan DRR Team, dalam suasana penuh kekeluargaan yang memperlihatkan keakraban dan semangat gotong-royong masyarakat setempat.

Datuk Haji Rusdin Riman bukan sahaja menyempurnakan acara, malah menyampaikan cenderahati berupa sebiji bola kepada setiap pasukan sebagai simbol semangat kesukanan dan perpaduan.

“Saya amat menghargai sokongan dan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh semua peserta serta masyarakat di Paginatan. Inilah kekuatan sebenar kita untuk mara ke hadapan,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa program berasaskan sukan santai mampu menjadi medium penting untuk mengeratkan hubungan antara penduduk, selain membina kerjasama serta kekuatan komuniti.

Baca juga  Vivian Wong Beli Minyak Diesel Hidupkan Genset Loji Air Segaliud, Sandakan

Program ini diharap akan menjadi titik tolak kepada usaha berterusan PKDM dalam menyemarakkan perpaduan rakyat menjelang PRN Sabah ke-17.


Sumber:

Posting rasmi Rusdin Riman Facebook


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.