Bung Sindir Musa?

0 2,944

Kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah I yg dilaporkan oleh media bahawa Pembangunan Sabah Lambat Disebabkan oleh Terlalu Berpolitik. Ramai yg melihat ia suatu sindiran kepada pembangkang khususnya Parti Warisan Sabah yg mengungguli kerusi di DUN Sabah. 

Umum mengetahui ada usaha membeli ADUN Warisan bagi mengukuhkan kedudukan Bersatu yg dibelakang mereka ialah Mantan Ketua Menteri Sabah yg lalu yg juga gagal bertanding sebagai calon di Sg Manila pada PRN16 yg lalu yg kini berhasrat mahu 2/3 sokongan DUN utk menduduki kerusi TYT pula.

Semua pasti masih ingat, ketegasan Datuk Bung mengatakan yg Musa Aman tidak pernah menyatakan hasratnya utk menjadi calon kepada Pimpinan Tertinggi UMNO Sabah yg tidak lain dan tidak bukan adalah Datuk Bung sendiri.

Pasti lah Datuk Bung tidak menyenangi tidak tanduk Musa Aman yg tidak pernah berhenti mencampuri urusan Politik Sabah. Sebagai individu yg berada dibelakang Hajiji, sudah tentu Sabah akan ditadbir sebagaimana era sebelum Warisan mentadbir Sabah.

Datuk Bung sebenarnya lebih layak Menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah berbanding Hajiji. Namun apa kan daya, Datuk Bung terpalit dengan Kes Mahkamah dan juga PN mempunyai 3 kerusi lebih berbanding UMNO.

Hanya org politik mampu melihat Datuk Bung sebenarnya hanya playsafe sekarang.

Cara terbaik utk UMNO melonjak naik lebih tinggi adalah dengan menghapuskan sepenuhnya pengaruh Musa Aman. Tapi… Itu terserah bagaimana Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung akan melakukannya. Kerana Musa Aman adalah org yg paling licik berpolitik.

Dia ada byk org didalam kerajaan, didalam Perikatan dan juga di dalam UMNO.

Itulah sebabnya Datuk Bung kata, “Pembangunan Sabah Jauh Ketinggalan Akibat Terlalu Berpolitik.”

– Anak Kerukan –

Leave A Reply

Your email address will not be published.