Terkini

Bermula 30 September: RON95 BUDI MADANI RM1.99/Liter Untuk Warganegara

PUTRAJAYA, 23 Sept – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI bermula 30 September 2025, dengan harga ditetapkan pada RM1.99 seliter untuk warganegara berbanding RM2.60 seliter untuk bukan warganegara.

Melalui skim ini, setiap warganegara layak menikmati sehingga 300 liter subsidi sebulan, dengan pengecualian khas diberikan kepada pemandu e-hailing yang boleh memohon kuota lebih tinggi.

Kaedah pelaksanaan turut dipermudah melalui terminal pam minyak, kaunter serta aplikasi digital.

Pelaksanaan dibuat secara berperingkat bermula dengan Polis dan Tentera pada 27 September, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September dan seterusnya kepada semua warganegara pada 30 September.

Langkah ini diambil bagi memastikan subsidi minyak benar-benar sampai kepada rakyat yang layak, sekali gus mengurangkan ketirisan dan penyalahgunaan.

Baca juga  Pikap Bertulis Hebrew “Malaysia di Tangan Kami” Undang Siasatan Polis

Sumber: Jabatan Perdana Menteri (Facebook)


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.