Terkini

Kajian Dedah Buaya Boleh Ingat Lokasi & Bau Manusia Sehingga 150 Tahun

SIMUNJAN, 20 Sept – Buaya mempunyai kemampuan luar biasa untuk mengingati lokasi, bunyi dan bau manusia sehingga berpuluh-puluh tahun, menurut Sarawak Forest Corporation (SFC).

Pengurus Besar SFC merangkap Controller Hidupan Liar, Taman Negara dan Rizab Semula Jadi, Abang Arabi Abang Aimran, berkata sekiranya masyarakat berulang kali mandi di tempat sama, buaya berpotensi menunggu mangsa di kawasan tersebut kerana sifatnya yang sabar dan sentiasa memerhati.

“Biasanya kalau orang mandi di tempat sama berulang kali, buaya akan ingat dan akhirnya berani mendekati mangsa,” katanya kepada RTM selepas menziarahi keluarga mangsa serangan buaya di Kampung Lubok Punggor, Simunjan.


Ingatan Buaya Boleh Cecah 150 Tahun

Kajian lapangan mendapati buaya memiliki daya ingatan sangat panjang, dipercayai boleh mencecah antara 100 hingga 150 tahun. Selain itu, reptilia ini sensitif terhadap bunyi air dan bau manusia, menjadikan ia lebih berisiko untuk menyerang jika kerap berlaku aktiviti manusia di kawasan sama.

Baca juga  Mercedes-Benz W126 Tak Lapuk Dek Zaman: Konvoi Klasik Jelajah Borneo Curi Perhatian Ramai

Walaupun tidak didokumenkan secara saintifik, pemerhatian masyarakat tempatan mendapati kejadian serangan sering berlaku di lokasi yang berulang kali digunakan.


Nasihat Kepada Masyarakat

SFC menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan lokasi sungai sama berulang kali bagi mengurangkan risiko serangan.


Sumber: Berita RTM Sarawak


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.