Terkini

Bas Pink BAS.MY Gegar Kota Kinabalu – Perkhidmatan Baru Lebih Efisien & Mesra Rakyat

KOTA KINABALU, 27 Sept – Penduduk bandaraya ini bakal menikmati transformasi besar dalam sistem pengangkutan awam apabila Kementerian Pengangkutan memperkenalkan perkhidmatan BAS.MY yang dijangka beroperasi sepenuhnya Februari tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata inisiatif ini adalah sebahagian daripada Program Stage Bus Service Transformation (SBST) yang diperuntukkan sebanyak RM17.6 juta setahun, bersamaan RM88 juta untuk tempoh lima tahun.

“Sebanyak 48 buah bas baharu akan beroperasi melalui lapan laluan utama sekitar Kota Kinabalu. Buat masa ini, tiga buah bas sudah berada di sini untuk operasi percubaan,” katanya pada pra-pelancaran BAS.MY di KK Sentral, hari ini.

Percuma Sehingga Januari

Perkhidmatan BAS.MY akan dilancarkan secara berperingkat bermula Oktober dengan tawaran naik percuma di sekitar bandaraya sehingga Januari depan. Bas baharu pula dijangka tiba awal tahun hadapan sebelum operasi penuh dimulakan.

Baca juga  Laporan Bencana Sabah: 122 Insiden Direkod, Penampang Paling Teruk Terjejas

Rekaan Pink, Ciri Moden

BAS.MY tampil dengan wajah baharu melalui rekaan bas berwarna pink yang lebih mudah dikenali dan menarik minat golongan muda.

Antara ciri moden yang ditawarkan:

  • Sistem GPS masa nyata
  • Pembayaran tanpa tunai / e-tiket
  • Kamera litar tertutup (CCTV)
  • Kemudahan OKU & warga emas
  • Laluan strategik dengan jadual tetap

Kadar Tambang Mesra Poket

  • Percuma: OKU, warga emas, pelajar sekolah & universiti (dengan kad konsesi RM10 sekali bayar)
  • RM50 sahaja: untuk perjalanan tanpa had selama 30 hari di semua laluan BAS.MY KK

Anthony menegaskan, perkhidmatan ini akan menggantikan sistem lama “stop-and-go” yang tidak lagi efisien, di samping mengurangkan risiko kerugian operator kerana mereka dibayar berdasarkan jadual operasi, bukan jumlah penumpang.

Baca juga  Ustaz Azhari Difitnah? Netizen Pertahan Peranan Besar Dalam Urusan Zara Qairina

Selain Kota Kinabalu, inisiatif serupa turut dilaksanakan di bandar utama lain termasuk Kangar, Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuantan, dan Kuching.

Sumber: BERNAMA


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.