KOTA KINABALU, 21 Sept – Majlis Anugerah Seni Negeri Sabah (ASN) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang di Horizon Hotel Kota Kinabalu, mengiktiraf insan dan institusi yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan serta pemerkasaan seni budaya negeri.
Majlis anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah ini sekali lagi membuktikan bahawa seni budaya negeri terus berkembang hasil sokongan padu daripada pelbagai pihak – individu, agensi kerajaan, NGO, media, sekolah serta komuniti seni.
Senarai Penerima ASN 2025
- Anugerah Seni Negeri Sabah 2025
Encik Abdul Karim bin Gullam - Anugerah Pendukung Seni Negeri Sabah 2025 (Agensi Kerajaan/Korporat)
Akademi Seni Teknologi Kreatif (ASTiF) - Anugerah Pendukung Seni Negeri Sabah 2025 (NGO)
Persatuan SEAMEX Sabah - Anugerah Pendukung Seni Negeri Sabah 2025 (Media)
Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah - Anugerah Khas Seni Negeri Sabah (Kategori Senior)
Kumpulan The Male-Efficient - Anugerah Khas Seni Negeri Sabah (Kategori Junior)
Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau
Semangat Kolektif & Dedikasi
Menurut JKKN Sabah, kejayaan ASN 2025 tidak mungkin tercapai tanpa dedikasi ramai insan di belakang tabir – termasuk pegawai dan kakitangan JKKN, pelatih industri Universiti Malaysia Sabah (UMS), sukarelawan budaya Sabah, rakan media serta komuniti seni tempatan yang bersama-sama menjayakan acara.
ASN 2025 bukan sekadar malam penghargaan, tetapi juga simbol kepada kerja kolektif, semangat dan kebersamaan dalam membina nadi perpaduan rakyat melalui seni dan budaya.
Sumber: JKKN Sabah