MA63+ Dicadang: Perjanjian Malaysia Jadi Lantai, Bukan Dinding Desentralisasi

KOTA KINABALU | 16 Sept 2025 – Bersempena ulang tahun ke-62 pembentukan Malaysia, beberapa badan masyarakat sivil menggesa supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak lagi dilihat sebagai “dinding” yang menghadkan kuasa Sabah dan Sarawak, sebaliknya dijadikan “lantai” untuk desentralisasi yang lebih luas di seluruh negara.

MA63 Belum Selesai

Menurut kenyataan bersama Projek SAMA, Bersih, IDEAS, Tindak dan ROSE, sikap Kerajaan Persekutuan selama ini lebih cenderung melengah-lengahkan pelaksanaan MA63 berbanding menunjukkan komitmen penuh.

Mereka menegaskan bahawa:

  • Malaysia ialah persekutuan asimetri, bukan setangkup – Sabah dan Sarawak sepatutnya kekal sebagai wilayah khas.
  • Status ini masih kabur dalam Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan walaupun sudah ada pindaan pada 2021.
  • Banyak negeri di Semenanjung juga mahukan kuasa lebih luas, oleh itu agenda desentralisasi boleh dirunding bersama demi manfaat semua pihak.
Baca juga  Banjir di Sabah: 2,900 Pengguna Terkesan, Sabah Electricity Pantau Aset & Bekalan

Cadangan MA63+

Antara cadangan utama yang dikemukakan:

  1. MA63 jadi asas (lantai) kepada “MA63+” – kuasa tambahan seperti Pendidikan, Kesihatan dan Buruh wajar dipulangkan kepada Sabah & Sarawak.
  2. Rundingan inklusif – pindaan Perlembagaan yang melibatkan perkara penting seperti:
    • Perkara 1(2) (status wilayah Sabah & Sarawak),
    • Perkara 45–46 (kerusi Parlimen & Dewan Negara),
    • Perkara 109–112D (kewangan & cukai),
    • Perkara 116–117 (pilihan raya),
    • Jadual Kesembilan (pengagihan kuasa).
  3. Penubuhan Jawatankuasa Antara-Kerajaan 2.0 (IGC 2.0) – melibatkan format 1+2+11 (Persekutuan + Sabah & Sarawak + 11 negeri Semenanjung).
  4. Sidang kemuncak 2+11 Premier/MB/KM – Sabah & Sarawak bersama negeri-negeri Semenanjung membina konsensus sebelum dibawa ke Kerajaan Persekutuan.

Masa Depan Malaysia

Kenyataan itu menyebut, selepas 62 tahun Malaysia ditubuhkan, negara masih dalam proses pembinaan. Apa yang diperlukan sekarang ialah keberanian politik, kejujuran dan kerjasama untuk memperkukuh hubungan Persekutuan–wilayah–negeri demi kestabilan serta kesejahteraan rakyat.

Baca juga  Kejayaan Malaysia dalam Kes Tuntutan Sulu: Legasi Kerajaan MADANI

“Selamat Hari Malaysia!” ujar kenyataan itu.


📌 Sumber: Malaysiakini


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook