SAGA XI Tawau 2025: Persiapan Rapi, Fokus Keselamatan Atlet

Tawau, 15 September 2025 – Tinggal kurang sebulan sebelum berlangsungnya Sabah Games (SAGA) XI Tawau 2025 yang dijadualkan pada 11 – 17 Oktober 2025, pelbagai persiapan sedang giat dilakukan bagi memastikan temasya sukan terbesar negeri ini berjalan lancar.

Antara aspek utama yang diberi perhatian adalah keselamatan dan kecemasan sepanjang kejohanan.

Mesyuarat Khas Unit Kecemasan

Baru-baru ini, satu mesyuarat Unit Kecemasan sempena SAGA XI telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama MSNS, dipengerusikan oleh Pengarah MSNS, En. Mohd Asneh Mohd Noor.

Mesyuarat itu turut disertai pelbagai pihak berkepentingan termasuk:

  • Doktor pakar kecemasan Hospital Tawau
  • Pegawai Kesihatan, Pejabat Kesihatan Tawau
  • Pengerusi Perkhidmatan Ambulans PBSM Sabah
  • Wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
  • Executive Officer Paramedic EMS Services
  • Wakil St. John Ambulance Sabah
Baca juga  Perlawanan Sabah FC vs Bunga Raya FC Ditangguh, Padang Bertakung Jadi Punca

23 Jenis Sukan – Fokus Kesiapsiagaan

Menurut penganjur, setiap acara daripada sukan tempur (silat, tinju, taekwondo) hinggalah sukan berpasukan (bola sepak, hoki, bola jaring) memerlukan koordinasi rapi antara petugas kecemasan.

“Dengan penglibatan langsung pasukan perubatan dan kecemasan ini, kita yakin keselamatan setiap atlet akan sentiasa terjaga. Atlet adalah aset negeri Sabah yang suatu hari nanti bakal mengibarkan bendera Malaysia di pentas dunia,” kata kenyataan MSNS.

Angka Rasmi Akan Diumumkan

MSNS turut memaklumkan bahawa angka rasmi berkaitan penyertaan dan persediaan sedang dimuktamadkan dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.


Sumber:


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook