Rahsia Bihun Goreng Tak Lembik Ala Che Nom, Confirm Licin Satu Kuali!

Ramai yang suka bihun goreng, tapi bila cuba masak sendiri, hasilnya sering mengecewakan. Ada yang jadi keras, lembik, ataupun hancur berderai. Tapi kali ini, personaliti masakan terkenal, Che Nom, berkongsi rahsia paling mudah untuk pastikan bihun goreng kekal lembut, cantik, dan sedap dimakan ramai-ramai.

Rahsia Mudah: Tutup Kuali 5 Minit

Menurut Che Nom, kunci utama ialah menutup periuk atau kuali selama lima minit selepas bihun dimasukkan. Teknik ini membolehkan bihun menyerap kuah dan wap dengan sekata tanpa perlu dikacau berlebihan.

“InsyaAllah, dengan cara ini bihun akan jadi lembut cantik tanpa hancur. Tak perlu risau lagi bila masak dalam jumlah banyak,” jelas Che Nom dalam videonya.

Tip Penting Dari Che Nom

Selain teknik tutup kuali, Che Nom turut berkongsi beberapa tip asas yang sering diabaikan:

  • Tumis bahan kisar hingga pecah minyak supaya aroma lebih wangi.
  • Gunakan api sederhana agar bihun masak sekata dan tidak kering.
  • Campurkan sos cili, sos tiram, kicap pekat manis serta sedikit cuka (jika suka) untuk rasa seimbang.

Resipi Ringkas Bihun Goreng Che Nom

Bahan kisar:

  • 3–4 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 4–5 tangkai cili kering
  • ½ cawan ikan bilis
  • Sedikit air

Bahan lain:

  • ½ cawan minyak masak
  • 1–2 ketul dada ayam (dihiris kecil)
  • ¼ cawan kicap pekat manis
  • ½ cawan sos cili
  • ¼ cawan sos tomato
  • ¼ cawan sos tiram
  • 450g bihun kering (direndam)
  • Sedikit garam, 1 sudu besar gula, 1 sudu besar pati ayam
  • 2 sudu besar cuka makan (optional)
  • Sayur sawi, kubis, tomato, daun bawang & cili merah

👉 Hias dengan hirisan cili merah, daun bawang, dan tomato belah dua untuk persembahan lebih menarik.

Sesuai Untuk Sarapan & Kenduri

Resipi ini bukan sahaja sesuai untuk sarapan pagi, malah boleh dihidangkan untuk majlis keluarga atau kenduri. Tambah kopi O atau teh O panas, confirm satu kuali licin dimakan!

“Kalau suka pedas, boleh tambah hirisan cili padi. Resipi ni memang versatile dan mudah ikut selera masing-masing,” tambah Che Nom.


📌 Sumber: YouTube Che Nom – Rahsia Bihun Goreng Tak Lembik


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook