Doktor, jururawat cedera, ambulans terbalik di Sepanggar

sabah-update-1-sabah-ambulans.png

Kota Kinabalu: Doktor dan jururawat cedera ringan selepas ambulans dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di bulatan Melawa, Jalan Salut Commercial Centre, Sepanggar, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.55 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah ambulans milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbalik dan terdapat tiga mangsa iaitu doktor, jururawat dan pemandu.

“Doktor dan jururawat hanya cedera ringan, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.37 pagi,” katanya. – Harian Metro

scroll to top