Pas hanyalah PARTI yang mahukan kuasa sahaja – AMT UMNO

0

Ahli Parlimen Pas bukan sahaja di serang oleh ahli dan penyokong biasa Umno selepas beliau menyerang Datuk Seri Najib Razak bahkan ahli MajlisTertinggi Umno juga menyerang beliau.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut menyertai netizen Umno yang lain menyerang ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari apabila berkata dalam Dewan Rakyat, syarat yang diberikan oleh Najib umpama syarat Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka.

Kita tidak pelik kerana dia ahli parti politik. Mereka juga mahu kuasa. Mereka ada jawatan dalam PN. Sebab itu kita faham bila YB Pasir Mas sokong Bajet tanpa syarat

Puad Zarkashi AMT UMNO

“Sokongan bersyarat BN ialah untuk rakyat. Bukan kerana kesenangan dan kuasa.

“7 dulang hati kuman dan 7 dulang darah anak sendiri bukan syarat BN. Sebaliknya BN mahu “hati” rakyat senang dan “darah” keringat rakyat dihargai. Ramai hilang kerja dan bankrup. Rakyat susah,” kata Puad, bekas Ketua Pengarah Jasa ketika badan propaganda itu di bawah Umno.

Bagi beliau, tidak pelik pun bila YB Pas dari Pasir Mas menyindir sokongan bersyarat BN terhadap Bajet 21 yang dibahaskan secara berfakta oleh Najib.

“Kita tidak pelik kerana dia ahli parti politik. Mereka juga mahu kuasa. Mereka ada jawatan dalam PN. Sebab itu kita faham bila YB Pasir Mas sokong Bajet tanpa syarat,” kata Puad.

Bagi bekas timbalan menteri itu, memperjuangkan nasib rakyat yang terkesan teruk kerana Covid-19 bukan cerita dongeng.

“Moratorium automatik dan pengeluaran dari akaun 1 KWSP bukan cerita hikayat. Ia adalah suara rakyat untuk kesenangan rakyat.

“Ia tidak melibatkan pertambahan perbelanjaan. Akaun 1 adalah duit rakyat. Moratorium automatik pula hanyalah penangguhan sementara membayar pinjaman kepada bank yang masih untung.

“Apakah YB Ahmad Fadhli mahu tukar Pasir Mas kepada Jambatan Emas seperti dalam cerita dongeng itu demi menjaga kepentingan kelompok sendiri bukan rakyat?” katanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.