KOTA KINABALU – Seorang penunggang motorsikal maut selepas motosikal ditunggangi terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tuaran Bypass, berhampiran Taman Puri Warisan, Inanam, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 5.25 petang itu, mangsa Ironsranciska Eyah, 40, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di bawah lori berkenaan.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tagas, Tuaran selepas habis kerja di Kolombong, di sini. – Info X