Terkini

35 Kampung di Beaufort Terputus Hubungan, Banjir Semakin Kritikal

BEAUFORT, 16 Sept – Sebanyak 42 kampung di daerah Beaufort terjejas banjir, dengan 35 kampung dilaporkan terputus hubungan selepas paras air terus meningkat sejak beberapa hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam, berkata keadaan paling kritikal berlaku di kawasan Jalan Bintuka-Gadong, Suasa dan Bangkalalak yang kini tidak lagi boleh dilalui oleh kenderaan biasa.

“Sehingga 9 September lalu, kita telah pun memindahkan penduduk dari Kampung Suasa, Bangkalalak dan kawasan sekitarnya ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Hari ini sudah seminggu mereka berada di PPS kerana banjir berterusan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau beberapa kawasan yang dilanda banjir di DUN Lumadan.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) menggesa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) supaya segera menyalurkan bantuan bakul makanan kepada mangsa yang terputus hubungan.

Baca juga  Senior Didakwa Jerit “Aku Injak Kepala Ko Zara” Malam Sebelum Zara Qairina Ditemui Tidak Sedarkan Diri

“Rakyat kini berdepan kesusahan, jadi kita perlu ambil langkah segera. Kita juga menyeru semua masyarakat untuk sentiasa berwaspada kerana cuaca tidak menentu dan paras air berpotensi terus meningkat,” jelasnya.

Faktor Banjir & Cabaran Bantuan

Menurutnya, banjir kali ini bukan sahaja akibat limpahan Sungai Padas, tetapi turut dipengaruhi air pasang surut laut yang menyebabkan air lambat surut.

Beliau menambah, pihaknya sedang mempertimbangkan penempatan bot kecemasan bagi membawa pesakit ke hospital kerana jalan darat tidak lagi selamat digunakan.

“Di beberapa kawasan seperti Jalan Suasa dan Bangkalalak, kenderaan lori tinggi atau bot masih boleh digunakan untuk urusan kecemasan. Tetapi kita perlu kesiapsiagaan sepenuhnya kerana banjir dijangka berpanjangan,” katanya.

Baca juga  Tiga Blok Kedai Kayu Musnah Dalam Kebakaran di Bongawan

Situasi banjir di Beaufort masih dipantau dari semasa ke semasa dan orang ramai diminta berhati-hati, terutama yang tinggal di kawasan rendah serta berisiko banjir.

📌 Sumber: Borneo Times


 

Ikuti perkembangan terkini Sabah Update Xtra di Telegram
Follow kami di Facebook

Sabah Update

Sabah Update ialah portal berita bebas yang menyiarkan laporan semasa, politik dan komuniti dari seluruh Sabah dengan sumber sahih serta analisis seimbang.

https://sabahupdate.com

Terkini

Tentang Kami

Sabah Update ialah portal berita bebas yang berpusat di Sabah, berperanan sebagai wadah maklumat terkini dan sahih untuk rakyat negeri ini khususnya, serta Malaysia amnya.

Sabah. Real. Connected

Sabah Update © 2025. All Rights Reserved.