Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai sudah seorang daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk memberi keterangan, hari ini.
Menurut sumber, individu terbabit tiba di ibu pejabat SPRM Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, kira-kira jam 8.45 pagi.
Difahamkan, beliau antara dua Adun yang dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat SPRM, namun seorang lagi, setakat ini, belum menghadirkan diri.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mendedahkan tiga individu akan didakwa di mahkamah berhubung dakwaan rasuah membabitkan Adun tertentu di Sabah.
Sebelum ini, tular beberapa rakaman video yang didakwa perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu perlombongan mineral di negeri itu.
Susulan itu, SPRM menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk analisis forensik digital terhadap bahan bukti yang tular itu. – Harian Metro