Bila Tarikh PRN17 Sabah? Ini Jawapan Ketua Menteri

Pilihan Raya Sabah 2025

KOTA KINABALU, 9 Mei 2025 –

Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) hanya akan diadakan bila waktunya tiba, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam wawancara eksklusif di program Naratif Khas di Studio RTM Sabah malam tadi, Hajiji menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 hanya akan dilaksanakan bila kerajaan negeri yang ada sekarang menghampiri penghujung tempoh mandatnya, iaitu pada Oktober 2025.

“Rakyat Sabah sudah mula bercerita pasal pilihan raya di kedai kopi, pasar, dan di mana-mana, bertanya bila PRN17 akan diadakan. Tapi, pilihan raya ini hanya akan kita buat bila tiba waktunya – sama ada kerajaan sekarang sampai penghujung tempoh atau sebelum itu,” katanya.

Beliau menambah bahawa kerajaan yang ada sekarang akan terus fokus melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat sepanjang tempoh yang masih berbaki.

“Apa yang penting bagi kerajaan, kita laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, sebab banyak lagi yang perlu dibuat untuk rakyat dan negeri ini,” tambahnya.

Hajiji turut menyatakan bahawa bila tiba masanya, kerajaan akan serah kuasa untuk rakyat pilih pemimpin yang mereka percaya mampu meneruskan pembangunan Sabah.


Sejarah Pilihan Raya Negeri Sabah

Sabah, sebuah negeri dengan sejarah politik yang dinamik, sering menjadi medan ujian bagi pakatan politik dan gabungan baru. Selepas krisis politik 2023, landskap politik Sabah mengalami perubahan besar dengan beberapa parti berpisah dan bergabung semula. Kerajaan perpaduan yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2022 turut memberi impak besar kepada politik negeri, menjadikan pilihan raya 2025 lebih kompleks dan menarik untuk diperhatikan.


Parti dan Gabungan Utama PRN17 Sabah

  1. Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
    • Ketua Menteri: Hajiji Noor
    • Kerusi sebelum: 39 (+3 dilantik)
    • Fokus: Mempertahankan kestabilan politik dan pembangunan ekonomi Sabah.
  2. WARISAN Plus
    • Ketua: Shafie Apdal
    • Kerusi sebelum: 14
    • Fokus: Memperjuangkan autonomi Sabah dan memperkukuh hak negeri.
  3. Barisan Nasional (BN) Sabah
    • Ketua: Bung Mokhtar Radin
    • Kerusi sebelum: 10 (+2 dilantik)
    • Fokus: Mengembalikan pengaruh tradisional BN di Sabah.
  4. Perikatan Nasional (PN)
    • Ketua: Ronald Kiandee
    • Kerusi sebelum: Bertanding buat kali pertama sebagai gabungan.
    • Fokus: Membawa perubahan dan kestabilan melalui politik berasaskan nilai konservatif.
  5. Parti Keharmonian Sosial Demokratik (KDM)
    • Ketua: Peter Anthony
    • Fokus: Membangkitkan semangat ‘Sabah untuk Sabah’, tanpa bergantung kepada parti Semenanjung.

Isu Utama Pilihan Raya Sabah 2025

  • Autonomi Negeri: Perjuangan untuk memperluaskan kuasa negeri dalam pentadbiran dan ekonomi.
  • Ekonomi dan Pembangunan: Mengatasi masalah pengangguran, kemiskinan, dan pembangunan infrastruktur luar bandar.
  • Hak Anak Negeri Sabah: Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah dalam persekutuan Malaysia.
  • Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Perlindungan kawasan hutan dan laut yang terancam oleh pembangunan.

Sabah Maju Jaya 2.0 untuk 5 Tahun Akan Datang

Beliau turut mengumumkan bahawa jika terus diberikan mandat, kerajaan akan meneruskan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0 untuk tempoh lima tahun lagi, bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi dan sosial negeri.

“Banyak perancangan sudah difikirkan untuk Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang, kalau kerajaan negeri terus dapat mandat untuk kembali berkuasa,” jelasnya.

Hajiji juga menekankan bahawa kestabilan politik adalah kunci kepada pembangunan dan kemajuan negeri, sambil menyeru rakyat untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan yang ada sekarang.

“Dalam politik, ada yang masih mengharapkan kita, ada juga yang mengharapkan orang lain. Tapi semua itu akan ditentukan rakyat nanti,” katanya sebelum mengakhiri wawancara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top