Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang, Sabah, sering digelar sebagai ‘Little New Zealand’ kerana suasananya yang sejuk, berkabus, dan landskap tanah tinggi yang menghijau – mengingatkan kita kepada ladang tenusu di New Zealand. Dengan keluasan 199 hektar, ladang ini menghasilkan lebih 900,000 liter susu setiap tahun dan kebanyakan lembunya adalah baka Holstein Friesians, pengeluar susu tertinggi antara semua baka lembu.
Kenapa Anda Perlu Lawat Desa Cattle Dairy Farm?
Pengalaman Ladang Tenusu Sejati
– Saksikan sendiri bagaimana susu diperah dan diproses sebelum dikomersialkan. Sesuai untuk seisi keluarga yang ingin belajar tentang industri tenusu.
Produk Tempatan yang Berkualiti
– Nikmati produk tempatan seperti susu segar, yogurt, keju, dan gelato – semuanya dihasilkan secara tempatan.
Aktiviti Keluarga
– Boleh beri susu botol kepada anak lembu, beri makan kambing, dan melawat pusat pemprosesan susu.
Pemandangan Spektakular
– Udara sejuk, kabus lembut, dan landskap bukit yang menakjubkan menjadikan tempat ini sangat Instagrammable.
Nikmati Makanan Ringan di Ladang
– Sambil menikmati pemandangan, jangan lupa cuba makanan ringan dan minuman segar yang disediakan di kafe ladang.
Maklumat Lawatan dan Tempahan
Sesi lawatan ke Desa Cattle Dairy Farm terhad kepada tiga sesi setiap hari, dan bilangan pengunjung setiap sesi juga terhad. Tempahan awal diperlukan melalui farmbooking.desaplus.com.
Sesi Lawatan:
– Sesi pertama: 8.00 pagi – 11.00 pagi
– Sesi kedua: 11.00 pagi – 2.00 petang
– Sesi ketiga: 2.00 petang – 5.00 petang
Pengunjung boleh ke sini dengan menaiki bas mini atau teksi dari Jalan Padang Bus Station di Kota Kinabalu ke arah Kundasang/Ranau. Untuk ke Desa Cattle Dairy Farm, anda perlu menaiki kenderaan persendirian atau sewaan kerana lokasinya agak jauh dari pusat bandar Kundasang. Alternatif lain termasuk memandu sendiri atau guna perkhidmatan e-hailing dari Kota Kinabalu.
Hubungi Kami untuk Tempahan
Desa Cattle Dairy Farm,
Mesilau, Kundasang, Sabah
HQ Address:
Level 3, West Wing, Wisma 2020,
18, Lorong Belia, Karamunsing,
88100 Kota Kinabalu, Sabah
Phone: +60 88 889 562
Email: enquiry@desaplus.com
Website: farmbooking.desaplus.com