TERBUKTI PEMIMPIN GRS HANYA AMBIL KREDIT DARIPADA KEBAIKAN WARISAN DAN PERJUANGAN MEREKA TENTANG PTI HANYA RETORIK DAN DEMI KUASA

0 13

1. Cuti tambahan Krismas telah pun diwartakan oleh kerajaan warisan 1 hari cuti tambahan {24hb}. Mengapa GRS mengklaim cuti ini diwujudkan oleh GRS.

2. GRS mendakwa kewujudan PSS yang dicadangkan oleh PWS akan memberi laluan mudah kepada PTI menjadi warganegara. Terbukti hari ini GRS menyokong pemberian IMM13 sebagai dokumen tunggal untuk PTI. Bermula tahun hadapan PTI telah diberi lampu hijau memohon menjadi warga negara. Kenapa GRS dan C Gafari diam membisu tidak membantah cadangan Menteri KDN. Mana perjuangan black sunday PSS/PTI sudah berkubur.

3. Dahulu GRS mendakwa bahawa ekonomi Sabah jatuh teruk pertumbuhannya di bawah PWS. Laporan audit telah membuktikan ekonomi Sabah di masa PWS adalah berkembang baik dan meningkat.

4. Hasil perjuangan PWS mendapatkan cukai Petroleum 1.25 billion telah dituai dan dinikmati oleh GRS. Hutang kerajaan negeri 1 billion semasa Musa Aman tinggalkan kerajaan negeri Sabah telah dibayar oleh PWS. Ini bermakwa PWS mengurus ekonomi dengan berjaya.

Kepada rakyat Sabah lihatlah betapa buruknya niat jahat pemimpin GRS ini menuduh PWS Plus sebagai gagal telah pun terbukti dengan nyata bahawa di bawah DSSA Sabah berada pada landasan betul dalam mengurus masalah ekonomi dan rakyat Sabah.

Pemilikan geran tanah, kebajikan bantuan Covid-19, pendidikan dengan pemberian biasiswa, menarik pelaburan asing amat ketara tetapi terhenti kerana angkara nafsu serakah Musa Aman dan GRS mahu menggulingkan PWS Plus dengan cara kotor sehingga terpaksa dibubarkan DUN Sabah.

Bermula saat ini marilah kita sedar dan buat perbandingan bahawa GRS adalah kerajaan yang lemah dan dikawal oleh tuannya di Kuala Lumpur. Buktinya bajet 2021 5.1 billion untuk Sabah telah dikurangkan 100 juta berbanding masa PH Sabah mendapat 5.2 billion bajet 2020.

Leave A Reply

Your email address will not be published.