Taman taman Sabah tiada kuasa?

0 11

Jufazli Shi Ahmad yang mengatakan dirinya sebagai penganalisi politik bebas dan ditakuti oleh semua ahli politik membuat naik sebuah video kononnya Dakwah Ustaz Ebit Liew di halang oleh Ahli Parlimen Semporna iaitu Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut beliau, pulau pulau di Sabah itu dimiliki oleh ahli parlimen tersebut dan mengarahkan agar usaha Ustaz Ebit Liew dihentikan agar tidak terserah kelemahan yang ada di sekitar kepulauan dan sempadan Malaysia dan Filipina itu ke mata dunia.

Walaupun umum mengetahui bahawa kuasa Tanah adalah dibawah Kerajaan Negeri.

Walaupun sudah diketahui umum yang Pegawai Daerah Semporna adalah dibawah Kuasa Kerajaan Negeri dan bukan dibawah Kuasa Ahli Parlimen lebih lebih lagi ahli parlimen di sesuatu kawasan itu adalah pembangkang.

Taman taman Sabah juga sudah mengeluarkan kenyataan tentang halangan ke atas Ustaz Ebit Liew, namun Jufazli dilihat mahu menyerang Ahli Parlimen Semporna hanya kerana kejadian itu berlaku di Semporna.

Untuk rekod, Jufazli sebelum ini dilihat bersama Tan Sri Musa Aman di mahkamah bersama sama ADUN ADUN yang membantah pembubaran DUN bagi memberi laluan PRN16 yang lalu.

Taman taman Sabah nampaknya diperkecilkan dan menghina Institusi Taman Taman Sabah sebagai badan yang tiada fungsi dan semua tanah dan perkara di Sabah ini hanya dibawah Kuasa orang politik.

Leave A Reply

Your email address will not be published.