SHAFIE BIJAK DAN BERPENGALAMAN DALAM PERCATURAN POLITIK JANGKA PANJANG

0 3,760

Datuk Seri Shafie Apdal mempunyai ketajaman ramalan politik negara, setanding pemikiran negarawan Tun Mahathir kerana tidak turut bersama dalam pembentukan kerajaan PN. Bukannya kerana beliau sombong walaupun pernah diberi tawaran untuk mengekalkan kerajaan Warisan.

Sekiranya Datuk Shafie Apdal mempunyai kedangkalan memahami politik negara, sudah pasti beliau telah menerima tawaran PN dan akan terperangkap dengan keadaan semasa di mana kestabilan politik tidak menentu, ekonomi hancur, pengangguran ke tahap yang membimbangkan dan kos hidup semakin tinggi akibat kenaikan harga barang yang gagal dikawal.

Tidak sampai setahun walaupun Warisan menerima kekalahan dalam PRNS16, tetapi telah menjadi perhatian kembali kerana sudah ada parti lain menawarkan kerjasama untuk menghadapi spekulasi bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh hanya menunggu waktu. Ramai melihat kerajaan PN sekarang tidak ada strategi untuk membawa dasar bagi membela rakyat sebaliknya hanya terlibat dengan politik termasuk untuk kepentingan diri sendiri. Tambahan Gabung Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 Ahli Parlimen akan mengkaji kedudukannya dalam PN.

Perubahan kerajaan pusat atau kejatuhan PN akan memberi kesan terhadap kedudukan GRS di Sabah, mungkin tidak akan bertahan apa tah lagi, tidak ada parti dominan dalam gabungan ini (UMNO 14,PPBM 13,STAR 6,PBS 7).wakil rakyat bebas mesra GRS terdiri dari tiga wakil.

Timbul persoalan, jikalau Warisan diberi pilihan gabungan mana yang boleh menstabilkan politik Sabah? Sudah tentu parti tempatan PBS 7 dan STAR 6, parti tempatan ini seharusnya mengikut jejak Sarawak yang mana semua tuntutan hak-hak negeri itu lebih digeruni oleh Persekutuan berbanding Sabah yang diperintah oleh parti dari Malaya. Untuk rekod pada PRNS16 Warisan Plus mempunyai 32 kerusi (Warisan 23, DAP 6, PKR 2 dan UPKO 1).

Dalam keadaan politik negara yang tidak menentu, kerajaan GRS menghadapi ancaman kehilangan kuasa pada bulan Ogos 2021 kerana UMNO memberi tempoh hingga Ogos ini untuk kerajaan PN membubarkan Parlimen dan jika tidak, seluruh Ahli Parlimen UMNO akan menarik sokongan kepada PN, jika GPS yang dianggotai 18 Ahli Parlimen menarik dari gabungan PN.

Pada umumnya, rakyat mulai sedar bahawa politik yang berdasarkan kaum dan agama banyak menimbulkan ketidakstabilan politik dan kesannya tidak baik kepada Sabah,i faktor ini rakyat lebih cenderung memilih parti multiracial seperti parti dalam PH dan Warisan di Sabah.

Secara jelas, keadaan politik semasa wajar memberi pengajaran pada rakyat Sabah untuk memilih parti yang memahami kehendak mereka, dan tidak dipengaruhi oleh keuntungan jangka pendek semasa pilihan raya umpamanya wang “kupi kupi” dan janji ahli politik yang opportunist.

WEDNESDAY, 31 MARCH 2021
KOTA KINABALU SABAH

Leave A Reply

Your email address will not be published.