Muhyiddin Lancar Projek Warisan

2 6,639

Khabarnya… Bapak peruntusan khas PPBM/PN, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau telah hari ini juga melancar sebuah projek di Lok Kawi yang bernama Kota Kinabalu Resort City (KK Resort City).

Tapi tahukah anda, bahawa KK Resort City sebenarnya…… merupakan pelaburan yang dibawa masuk dan telahpun dipecah tanah oleh Warisan sejak tahun 2019?

Ya. Memang benar bahawa KK Resort City yang dilancar hari ini adalah usaha dan projek Warisan.

Pelaburan bernilai RM7 bilion ini telah dibawa masuk oleh Datuk Seri Panglima Shafie Apdal ketika mentadbir Sabah sebagai Ketua Menteri.

Beliau telah meyakinkan pelabur-pelabur bahawa Sabah merupakan destinasi tepat untuk melabur.

Ditambah pula visi pembangunan untuk Sabah yang dibawa oleh Warisan, pelabur-pelabur gergasi seperti Pavillion telah yakin bahawa Sabah adalah pilihan betul.

Warisan sudah kata sejak tahun 2019, bahawa pelaburan ini akan membuka peluang pekerjaan dan merancak ekologi pembangunan Sabah.

Malangnya, GRS telah menghina rancangan tersebut ketika Warisan berjayakannya pada tahun 2019.

Mereka kata, “mana mungkin pelabur bawa bilion-bilion ke Sabah”.

Mereka juga kata, “ini bukti DSSA mahu jual Sabah”.

Tapi kini sudah terbukti. Asas untuk Sabah yang lebih maju dan berdaya saing, sebenarnya telah dibina dan dilaksana oleh Warisan.

Yang perlu dibuat oleh GRS dan PN sekarang cuma….. meneruskan usaha-usaha Warisan dan mengambil nama.

https://www.youtube.com/watch?v=Nmi51omE060&t=2832s
“Tak Tepuk Tangan Pun Tak Apa lah….” Tonton video di minit 53:23

Bak pepatah, Warisan punya susu, GRS/PN ambil nama.

2 Comments
  1. Muss Taulani says

    Jahat kerja J-Kom..
    Claim kerja usaha PWS…
    Terbaik info..

  2. Charles says

    Memudahkan Kerja Dengan Claim Hasil kerja orang lain??
    Tidak malu ka buat begitu… ribuan orang nampak bah

Leave A Reply

Your email address will not be published.