Ketua Penerangan PPBM Lahad Datu pertikai PKPD oleh Masidi

0 1,675

Berbeza dengan Ketua Armada yg mempunyai kelebihan dengan menghantar pesanan WhatsApp. Ketua Penerangan PPBM Lahad Datu Mohamad Sarangit kelihatan tiada akses untuk menghubungi DSP Masidi memilih membuat kenyataan terbuka melalui muat baik status facebook beliau. Beliau juga tag 17 rakan beliau agar posting tersebut dapat di baca oleh umum.

Link sebenar posting adalah : Tekan Sini


PKPD 3 LOKALITI BARU DI LAHAD DATU WAJAR DINILAI SEMULA…🧐

SINDROM TIBA-TIBA PKPD sekali lagi melanda bumi Lahd Datu. Tiga lokaliti pilihan terbaru ialah TAMAN AMAN 3, TAMAN AMAN JAYA & TAMAN PERUMAHAN PALM HEIGHT. PKPD TERSEBUT BERKUATKUASA BERMULA 22 APRIL SEHINGGA 05 MEI 2021.

Keputusan mengPKPDkan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa PKOB (Pusat Kawalan Operasi Bencana) Daerah Lahad Datu sekali lagi menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat di sini.

Apa tidaknya…? Di belakang Taman Aman Jaya dan Taman Aman 3 itu ada lagi dua penempatan yang agak padat penduduk iaitu KG. SARIP dan KG. TABANAK HILIR (seberang sungai). Kedua-dua kampung berkenaan jalan keluarnya adalah melalui Jalan Taman Aman 3 dan TAMAN AMAN JAYA.

Kita boleh bayangkan bagaimana keadaannya dalam keadaan masyarakat setempat tidak bersedia dengan SINDROM PKPD TIBA-TIBA ini.

Hujung minggu lepas PKPD TERGESA-GESA yang dikenakan ke atas TIGA LOKALITI iaitu KG. BIKANG, KG. KODUMU & TAMAN KHAZANAH INDAH yang bermula 18 April sehingga 01 Mei 2021 telah DIBATALKAN HANYA SEHARI SELEPAS DIKUATKUASAKAN.

Kelihatan agak kelam-kabut keputusan PKPD itu dibuat seolah-olah tanpa merujuk kepada penilaian risiko kesihatan yang jelas.

Usaha MENANGANI ISU COVID-19 perlu ada SITUASI MENANG-MENANG. PENULARAN MESTI DIKAWAL TETAPI RAKYAT TIDAK SEMUA HARUS DIHUKUM DENGAN CARA DIKURUNG….!!!😳

Apa jua keputusan dan tindakan pihak berwajib berkaitan PKP dan PKPD (khususnya di Lahad Datu) adalah CERMINAN KEPADA PRESTASI KERAJAAN SEMASA. 🧐🧐🧐

JANGAN ADA ‘LITTLE NAPOLEON’ YANG MAHU MENJADI MAHARAJA. JANGAN SAMPAI KERANA “NILA SETITIK AKHIRNYA ROSAK SUSU SEBELANGA”. 😡😡😡

Setakat ini belum jelas benar berapa jumlah kes atau sejauh mana seriusnya penularan itu.

Di sini adalah CADANGAN SOLUSI KEPADA JAWATANKUASA PKOB DAERAH LAHAD DATU.

  1. BERSIHKAN KAWASAN YANG ADA POSITIF COVID-19 DENGAN CARA MENEMPATKAN MEREKA DI PUSAT KUARANTIN PPR SAPAGAYA.
  2. JIKA PUSAT KUARANTIN PPR SAPAGAYA PENUH MAKA TEMPATKAN MEREKA DI HOTEL-HOTEL TERTENTU YANG DISEWA KHAS DAN DIKAWAL OLEH KKM DAN PIHAK KESELAMATAN.
  3. TIDAK PERLU MENGADAKAN PKPD UNTUK SATU KAWASAN PERUMAHAN SECARA MENYELURUH JIKA RISIKO JANGKITAN ADALAH PADA PARAS MINIMA.

Kita mengharapkan agar PEGAWAI DAERAH BARU LAHAD DATU AKAN HADIR DENGAN INISIATIF TERBAIK DALAM MENANGANI ISU PKP & PKPD YANG TIDAK KONSISTEN INI SECARA ADIL DAN BIJAKSANA…!!!💪❤️

SAMA-SAMA KITA PATUHI S.O.P💪💪💪

InnsyaAllah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.