Hajiji mahu Sabah jadi mcm Labuan?

0

DSSA berabis mempertahankan tanah Sabah daripada dirogol Artikel 83 (rujuk di sini http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara83-Ma.HtmlPerlembagaan) Persekutuan tapi si Jiji tunduk kepada Persekutuan dengan menyerahkan hampir 5 ribu ekar tanah kepada mereka.

Antara 21 permintaan MA63 agar dikembalikan kepada Sabah, perkara 11 (Tanah Diberi Hakmilik Kepada Persekutuan di Negeri – Harus dikembalikan kepada Sabah) dan 17 (Duti Setem Yang Dikenakan Ke Atas Instrumen Pemindahan, Caj, Menyewakan Tanah Di Bawah Ordinan Tanah Sarawak Dan Sabah) sudah diluluskan diperingkat dasar semasa kerajaan PH.

Langkah seterusnya adalah mengubah Artikel 83 Perlembagaan Persekutuan terutama perkara 2 (sila rujuk gambarajah) untuk dibentangkan di parlimen. Malangnya, kerajaan PH ditumbangkan.

Perkara 2 dalam artikel jelas mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan berhak mendapatkan pemilikan tanah tersebut utk selamanya.

Sepatutnya kerajaan GRS meneruskan demand MA63 tersebut kerana mereka berkempen untuk mendptkan kembali MA63 dalam setiap Pilihan Raya di Sabah. Namun ianya tidak dilakukan malah diberikan pulak hampir 5,000 ekar tanah kepada Kerajaan Persekutuan.

Jiji menyerahkan 90 geran kpd Kementerian Pelajaran Malaysia dan 42 geran kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kononnya agar lebih byk sekolah dan hospital dpt didirikan sdgkan tanah tersebut akan menjadi milik kerajaan persekutuan, bukan lagi hak mutlak kerajaan negeri Sabah.

Sama juga dengan semua tapak bangunan persekutuan yg lain seperti JPJ, PDRM, ATM, UTC dan sebagainya.

DSSA telah menubuhkan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pelajaran Sabah agar pemilikan tanah tersebut masih lagi di bawah kerajaan negeri Sabah bkn Kerajaan Persekutuan.

Tapi GRS dengan bangga serahkan semuanya kepada Kerajaan Persekutuan.

Ini juga jelas membuktikan betapa Jiji dan GRS umpama kerbau kepada Persekutuan. Tiada usaha drpd Jiji utk mempertahankan hak2 orang Sabah.

The focus point is, DSSA yg dituduh sebagai Pilak dan sebagainya menunaikan amanah rakyat utk mempertahankan hak Sabah dan tidak tunduk kpd Persekutuan dr segi pentadbiran kerajaan W+.

Jiji pulak hampir semuanya ikut telunjuk boss besar dia di Malaya.

Begitu juga ceritanya dengan presiden PBS, Dr Max yang mengeluarkan kenyataan akan selesaikan demand Sabah dan Sarawak dalam masa 6 bulan selepas dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/ongkili-harap-ma63-dapat-diselesaikan-dalam-tempoh-6-bulan-233528%3famp=1) tapi sehingga kini krik krik krik….

Di mana pulak suara DDJK yg diangkat sebagai pejuang bangsa KDMR dalam mendapatkan kembali MA63 dan benteras isu PTI di Sabah? IMM13 malah disokong oleh beliau. Adakah kerana beliau kini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang mempunyai pendapatan bulanan lebih RM80k sebulan (skrg lebih dr 100k selepas memegang portfolio sebagai Menteri Pertanian)?

Mana suara Timbalan Ketua Menteri, Bung Mokhtar ke atas isu tanah ini sdgkan beliau adalah Menteri Kerja Raya Sabah? Bung Speed tidak kelihatan dan terpaksa tunduk kepada Persekutuan tapi kononya peminum darah?

Inikah pemimpin Sabah yg kamu angkat untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah?

Percuma kamu ditipu bulat2 oleh mereka yg tamakan kuasa bukan mengotakan janji perjuangan mrk demi anak bangsa Sabah.

MLT

Leave A Reply

Your email address will not be published.