Abah Tak Kisah

0 3

Semasa PN yang yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin dengan dibantu oleh Azmin Ali serta Hamzah Zainuddin mula mula mengambil alih kerajaan PH melalui langkah Sheraton. Muhyiddin menggunakan panggilan mesra Abah utk menarik emosi rakyat agar lebih mesra dan dekat padanya. 

Antara langkah utk dekat dengan rakyat, dia mengambil pendekatan utk memberi respon pada selebriti youtube pada masa itu iaitu Sugu Pavithra untuk memberi gambaran yang dia adalah PM yang tidak berpolitik.

Meskipun dia lah Juara berpolitik sehingga berlaku ya pertukaran Kerajaan Negeri PERAK, Negeri Johor, Melaka, Kedah dan Sabah.

Bukan sahaja mengambil langkah mengelakkan Usul Undi Tidak Percaya di Parlimen, Muhyiddin memilih untuk tidak memberi respon kepada sebarang komen terhadapnya samada secara sindiran halus atau pun kasar.

Angka Covid19 yang sepatutnya menurun apabila dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sebaiknya bertambah berganda ganda.

Apa juga yang perlanggaran SOP yang dibuat oleh Ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional akan diabaikan. Berbeza dengan rakyat, akan dikenakan denda atau hukuman yang tidak setimpal.

Kalau NNajib semasa zaman dia menjadi PM mempunyai tagline Cash Is King dan Malu Apa Bossku.

Nampaknya Muhyiddin sangat sesuai dengan Tagline “Abah Tak Kisah” kerana dia x kisah apa pun orang nak kata asalkan dia kekal PM.

Tak Kisah seluruh Malaysia tak solat Jumaat mengikut syariat berbulan lamanya… X kisah la.

Sebab, Abah Tak Kisah! Yang penting Abah PM. – Abu Sekam.

Leave A Reply

Your email address will not be published.